Thursday, 25 October 2018
Rezeki kita dan dia
REZEKI KITA DAN DIA
1. Kita tak sempat nak masak nasi lemak. Jadi, kita pun beli nasi lemak pagi-pagi. Itu rezeki makcik penjual nasi lemak.
2. Kita kena bekerja masuk ofis. Jadi, kita hantar anak kita ke pengasuh dan minta dia jaga. Itu rezeki akak pengasuh tu.
3. Kita tak pandai sangat urusan jual beli rumah. Jadi, kita lantik dan upah ejen hartanah untuk bantu. Itu rezeki dia.
4. Kita tak reti nak buat Sale & Purchase Agreement. Jadi, kita lantik lawyer untuk uruskan. Itu rezeki lawyer.
5. Kita nak mohon pembiayaan rumah. Tapi tak pasti layak ke tidak. Kita minta tolong banker dan dia dapat komisyen. Itu rezeki dia.
6. Kita nak pakai penapis air kat rumah. Tapi kita bukan ejennya. Jadi, kita jumpa ejen kowey dan kuko lah. Itu rezeki mereka.
7. Kita tak faham pasal takaful dan pelaburan. Kita minta bantuan konsultan. Mereka dapat komisyen. Itu rezeki mereka.
"Eleh, nak promote produk dia lah tu."
"Buat rugi je pakai ejen property."
"Mahal lah nak bayar lawyer."
"Banker tengah kejar sales lah tu."
"Ejen takaful tu nakkan komisyen je."
Rezeki kita, kita dapat makan nasi lemak, anak dijaga pengasuh dengan baik, urusan jual beli rumah lancar, dapat guna penapis air, dapat perlindungan takaful dan pelaburan.
Rezeki penjual nasi lemak, pengasuh, ejen hartanah, lawyer, banker, ejen penapis air, konsultan pelaburan dan ejen takaful pula adalah upah, gaji dan komisyen.
Inilah namanya berkongsi rezeki. Apalah yang kau dengki sangat dengan apa yang mereka dapat. Kalau kau nak berkira sangat, kau buatlah semuanya sendiri.
Penat hidup ni kalau semua benda kau nak berkira. Hakikatnya, kita takkan mampu buat semuanya sendiri. Betul, kena berjimat. Tapi, berjimat jangan sampai kedekut. Ha! - HF
#harithfaisal
SHARE jika bermanfaat.
Tuesday, 23 October 2018
Isteri adalah cerminan suami
Isteri adalah cerminan suami .
Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya .
Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .
" Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah " .
InshaAllah .
Cuplikan ceramah - Prof Muhaya
Wednesday, 10 October 2018
Sunat anak perempuan
KETAHUI 7 PERKARA INI UNTUK SUNAT ANAK PEREMPUAN.
.................................................................................
1) HUKUM DALAM ISLAM
Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus. Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.
................................................................................
2) UMUR PALING SESUAI
Selalunya doctor akan cadangkan untuk bersunat selepas habis waktu pantang. Ini kerana sunat bayi perempuan lebih bagus di awal usianya. Bayi kecil lebih mudah daripada bayi yang telah besar. Kerana bayi kecil tidak perlu pantang dari segi makanan. Anak semakin besar juga rumit untuk jaga lukanya.
................................................................................
3) PROSEDURNYA CEPAT
Berkhatan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan. Prosedur berlaku hanya 3 min atau kurang.
.................................................................................
4) PERSEDIAAN IBU BAPA
Sebelum bawa anak untuk berkhatan, ibu bapa harus memastikan anak dalam keadaan sihat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu bapa diberitahu oleh pihak klinik supaya memakai lampin baru sebelum memulakan
......................................................................................
5) CARA PENJAGAAN
Lebih mudah dari baby lelaki. Cara penjagaan seperti menjaga luka biasa. Tekankan aspek kebersihan. Seperti menukar lampin. Bayi tidak banyak ragam tetapi cuma nampak letih.
.....................................................................................
6) HIKMAH BERKHATAN
Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan.
Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit.
.......................................................................................
7) KOS RAWATAN
Kosnya tidaklah mahal. Biasanya sekitar RM40-RM70. Bergantung kepada lokasi dan kepakaran sesebuah klinik
#share
Friday, 14 September 2018
kebaikan emas untuk kanak-kanak
Kebaikkan Kesihatan Untuk Budak Kecil Pkai Emas .
.
.
Dimana Kisah zaman Rasulullah Dulu telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al Tarmizi bahawa apabila hidungnya Arfaja bin As ad telah dipotong pada harinpeperangan Al kulab , beliau telah menggunakan Kertas menutup ruang yang cedera itu .
Namun Bahagian itu telah menjdi busuk , Lalu Rasulullah SAW telah mengarahkannya menggunakan Emas untuk menutupi runangan Hidung tersebut . Disini kita sudah mendapati Bahawa Emas juga Ubat untuk sebahagian Penyakit .
Selain itu Kebaikkan Untuk Kanak kanak Juga Dapat membantu 11 Perkara ,
1 - Lemah Jantung
2 - Masalah Parkinson
3 - Masalah gangguan dan penyakit yang berkaitan kemurungan dan kesedihan ,
4 - mencatikkan Kulit
5 - Mengelak Rambut gugur
6 - Menerang dan menguatkan Mata
7 - menguatkan Semua organ Tubuh badan
8 - Menghapuskan Nafas berbau
9 - Menguatkan Semangat
10 - Menguatkan Firasat
11 - Merawat masalh Anggau Bercinta
nanti ada rezeki lebih ummi daddy blikan falisha ye syg 😍
Wednesday, 12 September 2018
LeSuNG pIpIT 😚
5 FAKTA LESUNG PIPIT YANG RAMAI TAK TAHU
Lumrah manusia sukakan yang cantik-cantik. Yang cantik itu indah, yang cantik itu tenang.
Salah satu kecantikkan manusia yang unik adalah LESUNG PIPIT. Mereka yang ada lesung pipit secara automatik kelihatan awet muda atau baby face
Tapi, tahukah anda, lesung pipit sebenarnya adalah satu 'kecacatan' di otot pipi yang dipanggil "zygomaticus major". Namun ia adalah kecacatan yang cantik 😍😍
5 fakta tentang lesung pipit yang ramai tak tahu ⤵
#1_HANYA_20_PERATUS_MANUSIA_ADA_LESUNG_PIPIT
Menurut statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit.
#2_RAMAI_YANG_TERTARIK
Walau apa pun mood anda, sedih, marah, atau penat, hanya ukirkan sedikit senyuman anda tetap kelihatan menawan di depan kamera.
Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda.
Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang.
Kesimpulannya, walaupun pakai shawl senget benget, sekali senyum tetap nampak cun 😘
#3_ANDA_KELIHATAN_LEBIH_MUDA
Perasan tak, orang yang ada lesung pipit ini nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia.
Ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil.
Secara tidak langsung, bahagian otak kita secara automatiknya akan menerima maklumat ini dan memainkan peranan untuk memberitahu kita maklumat ini setiap kali memandang lesung pipit seseorang.
#4_ANDA_MENYEBARKAN_AURA_KECERIAAN
Dengan senyuman, anda berupaya menyebarkan aura ceria kepada orang di sekeliling anda. Sangat membantu bagi mereka yang sering Monday Blues 😃✌
Tapi kalau anda yang berlesung pipit pula yang monday blues, memang tak dapat nak bantu lah 😅
#5_RAMAI_SELEBRITI_MENJADI_LEBIH_POPULAR_KERANANYA
Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit.
Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini.
Friday, 7 September 2018
Anak sulung perempuan 👧👶
Barakah Anak Sulung Perempuan
-----------------------------------
" Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم
-----------------------------------
Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .
-----------------------------------
Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.
-----------------------------------
Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.
-----------------------------------
Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. اللهم صل على سيدنا محمد . Inilah Barakah anak sulung perempuan "
-----------------------------------
- Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -
Wallahualam
Tuesday, 4 September 2018
Pulas pampers sebelum pakai
Sebelum pakaikan pampers pada anak, pulas dulu pampers tu.. 👇👇👇
"Sayang, ni caranya nak bagi baby kita selesa"
Ni la teknik 'ramas' dan 'perah' pampers yang isteri saya ajar. Memang ajaib pun teknik ni. Anak nampak lebih nyenyak tidurnya. Siap berdengkur lagi!
Permukaan pampers kan kadang-kadang agak keras. Kalau kena dengan baby yang kulitnya jenis sensitif memang boleh iritasi kulit si comel kita. Pedih tu!
Tu la kenapa kita 'perah' dan 'ramas' pampers ni dulu sebelum pakaikan kat anak kita supaya permukaan pampers tu jadi lebih lembut bila bersentuhan dengan kulit si comel kita. Jangan risau, pampers takkan bocor pun kalau buat camni.
Jom cuba!
Simber : Dr Taufiq Razif

Wednesday, 29 August 2018
AQIQAH WAJIB ke??
Ramai di kalangan kita masih keliru pasal benda ni.. Banyak persoalan yg tak terjawab.. Contoh:
1) Bolehkah Aqiqah dilakukan utk diri sendiri setelah dewasa sebab dulu mak ayah tak mampu?
2) Boleh ke daging Aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam?
3) Bolehkah daging Aqiqah digunakan utk masak lauk kenduri?
4) Bolehkah sebahagian drpd badan haiwan seperti tanduk dan kulit dijadikan perhiasan rumah?
5) Apakah hukum Aqiqah sebenarnya? Mesti kena buat ke?
6) Betul ke kalau seorang anak tak dibuatkan Aqiqah maka hidup dia akan sengsara?
7) Tulang-tulang semua mesti kena tanam ke?
8) Boleh ke nak combine sekali Aqiqah dan Ibadah Korban waktu Aidil Adha? Seekor haiwan niatnya dua sekaligus?
------------------------------------------------
Ni atok cuba jelaskan seringkasnya eh supaya semua boleh faham.. InshaALLaH..
Aqiqah ni hukumnya Sunat Muakkad iaitu sunat yg digalakkan.. Kalau tak buat, tak berdosa.. Kalau buat, dpt ler pahala.. Aqiqah hukumnya TAK WAJIB... Ianya hanya jadi Wajib apabila telah bernazar.. Aqiqah ni bermula sebelum zaman RasuluLLaH lagi.. Kalau ada bayi lahir, waktu cukur rambut bayi tu, org Arab jahiliyah akan sembelih haiwan tu dan darah tu dilumurkan kat kepala bayi.. Selepas RasuluLLaH SAW ada, amalan melumurkan darah tu dah dibuang.. Tapi amalan Aqiqah dikekalkan.. Biasanya dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran bayi.. Cukur rambut, Aqiqah dan beri nama kepada bayi.. Tapi tak semua org mampu.. Yelah, kambing bukan murah.. Kalau baby boy, 2 ekor kena tumbang.. Kat situ je dah nak dekat RM2,000... Belum lagi masuk belanja nak kenduri etc.. Menurut Mazhab Syafi'e, boleh dilakukan Aqiqah sebelum anak tu Baligh.. Akan tetapi, ada gak yg tak buat sampai la dia Baligh.. Maka tuntutan Aqiqah tu pun gugur.. Takyah buat dah.. Sama gak kalau bayi tu meninggal dunia sebelum sempat buat Aqiqah.. Tak perlu buat Aqiqah utk arwah..
--------------------------------------------------
Katalah mampu, buat la Aqiqah ni dan tak salah kalau orang bukan Islam makan daging tu.. Sebab tujuan Aqiqah tu bila kita buat kenduri lalu digunakan daging itu utk dijadikan lauk kenduri adalah bertujuan utk sedekah.. Kita jamu tetamu yg hadir.. Seeloknya dikongsikan sesama Islam tapi takde dalil yg mengharamkan orang bukan Islam makan daging Aqiqah..
-------------------------------------------------
Kalau nak buat, buatlah sebelum anak tu mencapai usia Baligh.. Kalau dah terlepas, takyah dah buat Aqiqah tu.. Ada antara kita sampai sanggup berhutang semata-mata nak buat Aqiqah.. Kan dah membebankan tu namanya.. Berkaitan tanam tulang tu pulak, itu tak wajib.. Nak tanam boleh, nak buang pun boleh cuma buang kat tempat yg betul la.. Kalau nak simpan kulit dan tanduk haiwan Aqiqah, pun boleh.. Hukumnya harus je.. Aqiqah dan Ibadah Korban TIDAK BOLEH disatukan eh.. Kena asing-asing.. tak boleh kongsi.. Sebab dua amalan ni tujuannya berbeza.. Daging korban sunat disedekahkan mentah manakala daging Aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.. Satu lagi, tentang kepercayaan bahawa anak yg tak dibuatkan Aqiqah akan hidup susah, selalu ditimpa musibah dan sebagainya, tu semua kepercayaan orang dulu-dulu je.. Dalam Islam takde kepercayaan mcm ni.. Boleh faham eh?
WaLLaHu'alam...
So, kalau belum buat Aqiqah anak, pastu orang sibuk tanya; Dah buat Aqiqah dah?
Jawab je; InshaALLaH kalau ada rezeki lebih nanti.. Sunat je pun hukumnya.. Bukannya wajib.. ada kemampuan baru buat...
wahai anakku..annur falisha afrina ..ummi dan daddy cuba buat yg terbaik untukmu... ada rezeki kite buat ok akikah...
Saturday, 25 August 2018
YA...AKU TAK SEMPURNA
***********************************************
************************************************
Kalau kamu memilih bersama wanita berkerjaya, kamu perlu menerima dia tidak boleh mengurus rumah sepenuh masa.
************************************************
Kalau kamu memilih bersama wanita suri rumah yang boleh menjaga dan mengurus rumah tangga sepenuhnya, kamu perlu menerima yang dia tidak menghasilkan duit.
************************************************
Kalau kamu memilih bersama wanita penurut, kamu harus menerima yang kalau dia bergantung kepada mu.
************************************************
Kalau kamu memilih bersama wanita yg berani, kamu harus menerima kalau dia keras kepala dan punya pikiran sendiri.
************************************************
Kalau kamu memilih bersama wanita cantik kamu harus menerima perbelanjaanya juga banyak.
************************************************
Kalau kamu memilih bersama wanita hebat, kamu juga harus menerima kalau dia keras dan berpendirian.
************************************************
aku tetap bersyukur kerana aku dipilih oleh suamiku kini walaupon aku tahu aku tidak sempurna ..tidak dapat memenuhi kateria yang diingini.. tapi aku tetap bersyukur dan berharap dapat jdi yg terbaik buat suami ku yang tercinta,mohd farid bin mat saat...
Friday, 24 August 2018
buKaN sATU bEnDA yg MuDAH!!
The Breastfeeding Struggle..
---------------
Bingkisan buat semua ibu2 yang sedang berjuang dan berusaha menyempurnakan penyusuan anakmu..hari ini kalian rasa kalian penat, sangat penat..hari ini kalian rasa sakit, sangat sakit..hari ini kalian rasa lenguh, sangat lenguh..hari ini kalian rasa mengantuk, sangat mengantuk..semua demi menyempurnakan penyusuan anakmu..
.
Hari ini dunia mengecam kita, orang keliling pandang rendah pada usaha kita, orang perkecilkan kesungguhan kita, orang perlekeh usaha kita berjuang menyempurnakan hak anak, orang label kita dgn macam2 kata hanya kerana kita mahu ajak ibu lain berusaha menyusukan anak mereka..
.
Tapi ketahuilah ibu2 menyusu semua, jihad kalian bukan setakat mengenyangkan perut anaknda, bukan setakat mengikut perintah Allah dlm Al Quran, bukan setakat menghidupkan sunnah, bukan setakat menyempurnakan tugas sebagai seorang ibu buat anak tp hakikatnya asbab dari usaha kalian kita yang hidup penuh dosa dan noda masih terpelihara dari di timba bala..dek kerana masih ada anak2 kecil yang masih menyusu dengan kita..
.
Rasulullah ﷺ bersabda "Kalau bukan kerana orang tua yang beribadat dan bukan kerana anak kecil yang menyusukan susu ibunya dan juga bukan kerana orang miskin nescaya Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan bencana kepada kita."
.
"Selama mana ada 3 perkara ini, Ummatku tidak akan dihancurkan oleh Allah سبحانه وتعالى sebagaimana Dia menghancurkan Ummat yang terdahulu
.
1)Selagi ada hamba-hamba-Ku yang bangun tahajjud beribadat di tengah malam.
.
2)Selama masih ada anak kecil yang menyusukan susu ibunya.
.
3)Selagi ada binatang yang memakan rumput.
.
Ibu, bangkitlah berjuanglah untuk anakmu..selagi daya berusahalah menyempurnakannya..moga kesungguhan anda menyempurnakan penyusuan anak tercinta menjadi bekalan di Sana dan menjadi tiket kita layak diterima masuk ke Syurga!
Sumber : Noorfazila Binti Abdul Rahman

Wednesday, 15 August 2018
Breastfeeding
bukan sat
sebelum bersalin..
-bersihkan nipple..
-check nipple,ni dari awal buat pun bagus..
-gali ilmu penyusuan..
-brainwash suami korang siap-siap pasal ilmu penyusuan..sebab orang lelaki ni lembut,dia nampak isteri susah payah terus lembut hati dia..tak ingat dah plan asal..
-bincang dengan suami,plan serta minta izin dia..minta juga dia jadi tulang belakang korang..
-Niat bf korang ni kena jelas,sebab apa..menyusukan ni bukan pada ibu saja,berat lebih pada ayah sebenarnya..
*********************************************
sejurus bersalin,kat hospital..
-terus susukan baby seawal boleh..
-minta bantuan nurse susu ibu untuk check lekapan bayi..
-jangan picit-picit untuk tengok susu keluar,itu cara yang salah..
-baby berak kencing,maksudnya ada susu..
-positive kan minda,set susu ada dan cukup untuk anak..
-skin to skin dan room in..
-tak ada ransangan/hisapan dari bayi,macam mana susu nak keluar..so susukan baby..hisapan baby ni sangat power..
****************************************************
selepas bersalin..
-kena pekakkan telinga if ada orang datang dok komplen pasal bf..penziarah ni kadang sangat prihatin,tapi dia sendiri tak ada pengalaman..cuma hearsay..
-baby nangis tu normal,bukan bermaksud lapar saja..tak selesa,panas,pampers penuh,atau saja je nak nangis pun antara faktor baby nangis..
-baby kerap susu juga normal,sebab perut bayi kecil saja..cepat diisi,cepat juga kosong..
-makan-makan tambah susu ni tak perlu dalam pantang..susu dah lebih dari cukup,baby cuma dilahirkan dengan perut sebesar walnut..
-tak perlu air masak untuk bayi..apatah lagi nestum..
-pam bila perlu saja,jangan sesekali bandingkan hasilnya dengan orang lain..
-tak digalakkan perkenalkan botol terlalu awal,kita nak elak nipple confused pada baby..jika terpaksa juga contoh korang tak boleh df baby sebab baby on apa-apa ubat,gunalah sudu,cup,atau syringe..
-ada rezeki lebih,invite PC/LC untuk dapatkan lebih lagi info pasal bf..
-nurse yang homevisit tu pun boleh juga korang nak tanya dia pasal bf ni..jangan lepaskan peluang..
-bengkak bukan petanda susu banyak ya..nak elak bengkak,agak dah berat tu korang kejut baby suruh dia susu atau marmetlah..
-satu lagi,tak ada manusia yang boleh scan orang lain untuk tahu dia jenis susu sikit ke banyak..jangan sebab mak bidan kata korang jenis susu sikit terus percaya..mindset jaga..
-tak wujud keturunan susu sikit,susu banyak..begitu juga manusia jenis susu sikit susu banyak..(ini berbeza bagi ibu yang ada masalah kesihatan ya)
-apa je dugaan time pantang ni..bersabar dan tabahlah hadapinya..sebab bf ni penuh dengan liku-liku..kena kuat..kalau dalam masa pantang dah lembik,macam mana nak capai 2tahun?dan semua ibu hadapi masalah hampir sama..
*************************************************
*info:1-3 hari pertama normal jika tak ada susu,yang ada cuma kolostrum..sangat pekat likat..jangan picit tak keluar memancut terus kata tak ada susu..dan jangan expect susu keluar macam air paip..
selepas kolostrum baru susu peralihan keluar..
ingat,selagi anak susu,susu akan ada..basic bf,demand vs supply..
DOA PAGI
Bismillahirrahmaanirrahiim....
......................................................................
Ya Allah Ya Malikal Mulk…ingin kami memanjatkan syukur alhamdulillah kami kpdMu pada hari ini kerana masih diberi peluang utk berusaha mempertingkatkan ketaqwaan kami kpdMu. Tanamkanlah keazaman yg kuat utk kami mencapai tujuan itu. Hindarkanlah kami drpd terpengaruh dgn hal2 keduniaan yg melemahkan kami utk mendekatkan diri denganMu Ya Allah.
.......................................................................
Ya Fattahu Ya Alim...
Bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami yang padanya tempat kami mencari kehidupan.
Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya.
Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang, Ya Allah.
......................................................................
Ya Allah Ya Rahman, berikanlah rezeki yang mencukupi lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
.........................................................................
Ya Allah Ya Ghaffar..... kami memohon keampunan ke atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak-anak dan pasangan kami serta seluruh ahli keluarga kami, guru2 b ustaz kami, sahabat2 kami n sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana jua mereka berada.
.........................................................................
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin.
Subhanallah wa bihamdihi Subhanallahil adzim
Sunday, 12 August 2018
Beranak NORMAL ke CZER??
Waduh puan! sakit telinga dan bernanah hati dgn isu ni.. kak bangga ja ibu branak czer ka normal sbb still bukan benda yg mudah.. ramai suka condemn org beranak czer soalah2 beranak normal ni sahaja perempuan tulen.. ingat czer ni sajat ka apa? ops!
.
Sejujurnya proses beranak itself dah sangat susah.. x kira keluaq kot pintu atau tingkap.. Ibu beranak normal sakit dia lain, branak czer sakit dia lain.. normal tu menunggu bukaan dan tahan contraction ya Allah blh pitam.. sedut lah gas sakit tu masih terasa.. worst kalau bukaan x banyak dan kena induce.. okay bye mmg kau jeritlah tahan masuk air.. kadang2 smpai berbelas jam baru beranak.. hebatnyaa ya Allah kuatnya subhanallah.
.
TAPI.! Ini bukan lah satu sebab yg mengizinkan anda condemn ibu beranak czer.. dikatakan manja.. sengaja xmau cuba.. ada yg bila dengar beranak czer trus "ohh.." dgn muka mcm nak ckp apasal kau xleh normal.. I am sure ramai ja yg pernah rasa.. cuma x cakap ja kn? kn?
.
Ibu beranak czer sama ja mcm ibu beranak normal.. aik? mana sama?? czer epidural x rasa apa! mana aci.! kami sakit tau! korang celik mata dh ada anak depan mata..
.
Kak onion mai adik manis nak bgtau.. suntikan epidural tu mmg bg x sakit masa kena potong.. lepas bius hilang,
kau nak bgun berjalan kali pertama, boleh jerit menangis meraung. kalau bius penuh lg kesian.. yg separuh ni blh jugak cuba gerak masa ubat ada, yg penuh numb hilang dh.. sakitnya ya Allah kesian diri menanggung.
.
Dh bangun. ok jalan. ok settle. menyusu pulak.. awal2 sakit luka tak baik tu haiyo. tepuk dahi! kena pulak baby suka slow motion.. berjam la kau duduk tahan sakit.. sakit luka dh baik.. sakit pinggang x hilang2. y?? epidural lah syg.. every time duduk bawah atas lantai, nak bgun kena bongkok nenek si bongkok tiga dalam seminit dua, baru blh jalan.. sakit dan lenguh hanya diri menanggung ja tau.
.
Dan 1 lg.. ada yg comment aik saya czer x sakit pun. trus jalan! Alhamdulillah sis! alhamdulillah! tp ramai yg tersiksa.. satu yg org terlepas pandang.. ada org branak normal ckp sakit igt nak mati dh.. dan ada org ckp ok la sakit mcm berak taik keras! sama laaa org czer ada yg blh jalan trus ada yg merangkak bertahun.
.
1 ja nak kata.. xleh ka just accept branak mcm mana pun? smua pun ibu jugak.. smua pun susah jugak.. blh x stop compare?? blh? lainla kalau kau teran keluaq rumah sebiji kereta seketui kau ada hak la nak cakap.. ni belum kak bebel isu susu formula susu ibu nih! haaa rehat st ada mood kak bebel lain sbb menyampah spesis prasan bgus x bertempat.
yes!!! ini yg aku rase skrg..
-luahan dari kelab ibu hamil...
Sunday, 5 August 2018
040718
🔙040718
pejam celik dah sebulan rupanye tarikh last checkup ..tak sangka pon keesokknnya masih lagi di hospital sbb dah bersalin 😅
---------------------------------------
sejujurnya tak suka pergi hospital sbb hospital tah mcm ada satu aura yg seram sejuk yg susah nk gmbrkan..bukan ap nyaris² nak kne tahan wad kt HKL sbb cirit birit lpas blik raya..biase lah raya semua bulun nk makan😁..mase tu 35weeks...thanks falishaafrina👶 bagi ummi raya dulu ..ha... ni pulak kne g hospital lg sbb dah 38weeks blm ad ap² sakit itu kne refer hospital untuk detail scan dgn doktor pakar.. lagi seram😱..sebelum tu dah g checkup biase kt klinik.. siap nurse ckp nnti kalau blm bersalin 10hb dtg ok.. (inshaa Allah dah bersalin ak ckp)..senyum je nurse ckp bagus awak confident(dalam hati ckp kena tak bersalin lgi mahu nak tutup muka)..hahaha ..🙈
--------------------------------------
ak diam je sepanjang perjalanan ke hospital..smpai hospital pon diam je..😒sempat lah jugak suami berjejak kasih dgn kawan lame die..boleh pulak terjumpe kt situ..kecik je dunia.. padahal suami kata lama dah xjumpa xsilap lbih 5tahun.itulah ATURAN ALLAH itu pasti.. smpai kne tegur dgn suami.. knp muka pucat.. relax sudah.sambil gelak² lak tu..(rase nak tumbok² je die tu)😤
--------------------------------------
🏥hasil jumpa doktor pakar.. ok semua ok..(tarik nafas lega)fuuhhh... lap peluh.😅xpelah klu blm ada ap² tanda..klu ad tanda sperti yg sy cakapkan td ..direct dtg hospital terus pergi ke dewan bersalin ok.. if smpai due date (EDD 15hb) tak ada ap² tanda.. 16hb direct dtg hospital untuk cek n paksa bersalin lah..(adooiii.. bergetar dengar rase)😯..nak ap² ubat?/vitamin ke?..xpelah xnak doktor...ada apa² nak tanye..ada..cpt je ak jawab..doktor..boleh sy nak bersalin sekarang??!!(tah mcm mne tah ak mcm tbe² offer nak serah diri sdri..sbb dgr yg 16hb tu kot)padahal bru 4hb..😂lgi 11hari kot..mgkin waktu tu ingat 14hb agaknye..😝suami terus pandang ak diam terkelu.. doktor terus tnye knp,,u dah ad sakit ke? blm lg doktor tp sy rase mcm tak larat je..oo itu normal bg pregnant ..just take as nice experiance..doktor dhlah cmkajol
-----------------------------------
malam kami makan besar..dah rase mcm x larat tp pk biase lah bak kata DR.kajol 'nice experiance'..tp tah..nasi hanya suku je dpt masuk slbihnye suami yg habiskn.satay pon dlm 4cucuk je dpt mkn😥(nt nak repeat lg boleh @pahlawan_iman lps habis pantang??😍😝)sbb mmg sedap satay kt kg.bharu ni👍..padahal tghri td mana ad mkn..cuma beralaskan roti kt hospital td..nasib pg sblm g klinik dah bt kueh teaw goreng.tq @syahidaazlin belanja mlm tu😇
-------------------------------------
nak balik awal lg masing² ckp..(pdhl esok ada kawad tu laki² ni dgn kasut xkiwi lg,bju blm iron)..humm😯jd berlepak lah pulak kat dataran merdeka..dlm ke sana..borak punya borak..sekali roadblock pulak..tah mcmne tbe² suami gelabah..nyaris kerete hampir panjat divider..Allah😨ap lg kena tahan polis sbb nmpk kami mencurigakan..alhamdulillah lps. sampai je sana lepak borak sampai dah xde point baru balik hampir pkl 11mlm jugak lah(dlm hati ni kan best bersalin mlm ni lgpon dah rase tak larat sngt)..dlm otw balik tu..terlanggar pulak anjing🐶 yg tiba² melintas..nasib nyawany masih panjang & sempat brek..sampai kuates smbung lg borak jejak ke pkl 12pg baru masing² balik itupon sbb nak bt persiapan kawad esok klu tidak mahu lepak lg tu😄dr blik rumah lg dah rse lain mcm nak duduk rase mcm tak selesa.. perut rase sakit..hilang..sakit..hilang..
------------------------------------
solat dulu dgn suami sblm die kiwi kasut sbb bju dah iron..(jgn tiru solat lmbat)lps solat suami ckp..sbnrny ap yg berlaku td kifarah sbb kita xlaksanakan banda wajib dulu..leka dgn duniawi..itu peringatan dr Allah..iye betul sngt²!! menunduk je sbb rse tak larat😩suami kata rehat&tidor dulu..smpt plk tu bgth rase mcm nak bersalin mlm ni..haha senyum je kt kita dgn ckp sabar dah xlme lg..tunggu mase je..get ready..dah g tdo..tb² turun darah..bnyk!pnggil suami.ditnya pulak kne bt ap ni.pergi hospital lah skrg..siap² terus gerak.dlm pkl 1pg smpai.. gedebak gedebuk(kisah nk tunggu bersalin plk)630pg masuk LB..alhamdulillah 704pg lahirlah seketul falishaafrina👶(bila ingt balik kisah bersalin jd trauma &insaf-xxnk ingat bt mase ni) hakikatny sebulan dah berlalu ☺
#kisahyangtakakandilupakan
Tuesday, 3 July 2018
counting days for f'sjunior /baby f
dalam tak diam... skrg dah 38w2days... counting day menanti si comel baby f...tak sabar rase ni... due date 15/7/2018... tp nak bersalin awal...esok pergi scan nk tgkk sblm bersalin mcmne keadaan baby ap semua..nak bersalin minggu ni ..hehe..sbb dah tak larat kehulu kehilir bawak perut yg boyot ni...dulu mule² ngndong sampai 5bulan...xnmpk lg perut..ape baby bump org pnggil... muleny risau sbb iyelah org lain nmpk...klu checkup sllu tny nurse..nurse siap ukur ckp ok... bby ikut saiz ngn week nya... klu ad scan plk sllu tny doktor..doktor pn ckp weight ok pnjg baby pon ok.. humm alhamdulillah asal sihat semuanya... masuk 6bulan bru start nmpk.. now skrg tgh mnghitung hari .... rase xsabar dlm mase yg sme takut gemuruh pon smua ada lah... mklumlah blm ad pnglmn bersalin lg... wlupn ak thu ni baby no 2...baby nur doakn ummi ye sayg... dipermudahkn segala urusan... wlupon ummi daddy xth ap gender bby skrg tp xkisah asal semua slmt... daddy kata nk suprise!! hehehe ak pon syukur sngt2 yg suamiku krusus ditunda thun dpn..klu x bln 7 awal bln aritu dah melapor.. n aku kne blik kg..huhuhu mungkin Allah memahami perasaan ku...terima kasih Ya Allah.. now ak ada di sini di smping suamiku mennti baby f kami... hummm. berpantang pon awalnya ak dirumah sini dulu kl... t dah 2minggu lbih 3minggu gitu bru blik kg... suami ku nk jge aku...memandangkan ibu mertua ku berniaga... mamaku plk jge baby skrg..spe nk bawak ak g klinik..hospital incase ada ap2 dgn abh kje yg xtentu..angh plk bru start kje...bak kata lakiku... cukup lah jgn susahkn sesapa.. kite bt sesama.. jge sesama..jgn nk susahkn mak mama family kt kg ..
Ya Allah pernudahkn lah urusan ku..urusan kami... mcm2 perasaan berbaur ni.. tp suami ku sllu ckp " syg kuat...syg boleh" ...
dugaan yg kami hadapi pon mcm2 sbnrny tp kami yakin ad hikmahnya... rezeki baby pon ada... 2bln kami diuji pasal duit..dgn salah potong gaji... duit salah masuk... hummm klu dpt bnyk xpelah jgkkn..tp dapat kurang dr yg sptutnya... inshaa Allah katanya bln 7 gaji bru dpt blik.. humm duit saving pon mkin kurang tp nasib ada kn boleh ler tampung dulu smntara nk dpt blik gaji ni... dgn raya haritu lg.. nk pkai duit..tp alhamdulillah kami boleh manage...
nanti free ak cerita lgi... hehehe.. nk tggok btul ke org ckp rezeki baby ni bnyk... cume xboleh berharap sngt... yakin boleh... hehe berserah pada Allah n letakkn pergantungan padaNya
Sunday, 20 May 2018
3rd trimester
alhamdulillah sudah masuk 3rd trimester...mknenya untuk ak dan suami jd ibu ayah mkin hampir..xsabar nk tggu kehadiran si comel... Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar... aku dah mule rase perut mkin berat... sampai skrg xth lg jantina baby.kata suami nk suprise..bg aku xkisah lah laki perempuan ...asal zuriatku sendiri... terima kasih bt anak syurga ummi doakan untuk ummi daddy.... dan bakal adik² yg lain...opppsss adik²??? hahaha gimik je...suami ckp jgn ckp ank..tp anak² kite.. so tersasul pulak... ap² pon thanks suami selalu urutkan badan² yg sakit dan cpt lenguh.... snggup dikejutkn mlm²..love u ...sbnrny ak dah mule terpikir mse 5bulan lg kandungn usia baby ku ni..pasal proses kelahiran...pernah jgk bbrpe mlm klu teringt terus bgth suami...sblm tdo ty borak² lah....
Isteri: habib...baby tendang2..cuba habib pegang...nk rase tak?
suami:mana?? nak syg...
isteri: (sambil snyum) tgok gelagat suami yg meraba² cari..
suami:tak ade pon syg..baby sombong ni..nk dgn ummi je..daddy xnak
isteri: hahaha ..gelak je mampu ..ada sabar lah daddy...
Suami: haa.. dia dah x sabar nk kuar jumpa daddy tu...
(sambil tersenyum lebar)..
Isteri: habib.... syg takutlah...nie kelahiran pertama syg... mcmana lah agaknya sakitnya bersalin..syg ad dengar sakit yang paling menyakitkan adalah sakit bersalin dan sakit gigi..
Suami: Sayang.. jgn takot... itu salah satu syahid.. makin bertambah umat nabi.. smakin ramai keturunan kita..sayang dah berjuang untuk agama kita.....
Isteri: tp habib.... (dengan mata berair)..klu jd ap² kat syg..habib kne thu tau..syg sentiase sygkan habib... (blm habiskan ckp lg..air mata lju mngalir)
suami: shhhuuuiiihhhhppp ( sambil letakkn jari telunjuk kt mulut mnndakan suruh stop berbicara)..ap pk bukan² syg habib ni...habib sntiase doakan syg dan bakal anak² kite semua selamat...yakin syg!! habib pon xpk bukan² syg je..dah..xmoh nangis...
isteri: anak²?? tp dlm ni..sorg je ...
suami: yelah bakal² lahir nanti lah..adik² lain mksd habib bkl mnyusul..(jelingan mnggoda bt hatiku terpikat)..
isteri: (sambil senyum)..habib ni...
suami: mcm ni lah isteri habib..senyum..ni muka nangis..xceria langsung..pndai kan habib bab mmujuk..
isteri: janji ngn syg ..yg habib akn ada disisi syg nanti ? (sambil ambik jari seorah berjanji)
Suami: .jgn risau..baby kite lahir syawal nanti..habib janji akn disisi syg saat kelahiran nanti... jd syg bukan berjuang berseorangan..habib akan turut sama2..bg semangat dan doakan kejayaan bt bidadari habib ni...habib janji.. (sambil mengesat air mata ku)...yakin syg dgn Allah!!
Isteri: baik!!! syg kena jd ummi yang kuat!! sbb habib akn sentiasa temankan ummi.. Alhamdulillah.... 😊
Friday, 6 April 2018
AKU SURIRUMAH
Ada hamba Allah berkata; Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.
Saya menjawab (Dalam hati); Awak tahu ke baru 20hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami saya. Mana mungkin saya nak beritahu awak perihal kewangan keluarga saya.
Ada hamba Allah berkata; Rugilah awak tak kerja. Kawan-kawan segrad dengan awak paling-paling busuk dapat 2K sebulan.
Saya jawab (Dalam hati); Siapalah yang tak nak ada duit sendiri. Berbakti kepada keluarga sendiri. Allah pilih saya jdi surirumah seawal usia 24tahun..tapi pernah berkerja hampir 3thun lebih ..kerja tetap seusia 21tahun slpas tamat belajar..sblm tu lagi lepas spm..cuti2 sem pantang je bulun kerja sbb dgn kerja dpt lah duit boleh byr yuran pngjiaan sem bru dgn duit blnja..duit belajar yg saya dpt tu buat simpan.... Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit.
Ada hamba Allah berkata; kita orang perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi dahulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak.
Saya jawab (Dalam hati); macam lah takdir saya awak yang tentukan. tahukah awak dalam akaun simpanan saya ada berapa?? tak kan nak bagitahu awak kot..
Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak.
Saya menjawab (Dalam hati); saya tak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit. mak mertua selalu bagi nasihat apa yang perlu buat..tahukah awak??
Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.
Saya jawab (Dalam hati); kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak. siapa cakap?? hummm perluke saya bgth aset apa yang saya dah ada kat awak...hello... before ni saya penah kerja...dalam masa 3tahun saya pulun habis nak ada aset sendri sebagai persediaan apa kemungkinan akn terjadi... cuma 2benda lgi saya tgh usahakan...ambik masa sebab surirumah kan...ap² pon saya akan buktikan....
Sayangku bermulut bawang; jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Tiap kita berbeza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerana dia suka bekerja. Hidup ini pilihan. saya pon pernah tanamkan azam nak jadi serirumah seusia 30tahun... tp Allah tu maha mengetahui segala² nya..diawalkan seusia 24tahun...aturan Allah itu cantik...yakinlah
Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya tak semua yang berpendapat sebegitu. Jangan lupa Ini juga aturan Allah sayangku.
Hati-hati bila berbicara
Setiap perbuatan baik dan buruk akan dihisab di akhirat.
#salamjumaat
#6april2018
Friday, 16 March 2018
1st anniversary
365hari syg sah menjadi halal dan milik habib...alhamdulillah tak terkata seronoknya... humm syg tak minta hadiah mahal² cuma sekadar mngingati mnghargai myanyangi mencintai syg... hadiah dr syg tunggu bln 7 ok... zuriat kite.. syg hargai habib sbb lps subuh dah wish kt syg...terharu sbnrnya... xnk lelebih t nangis pulak...ap pon syg cukup bahagia spnjg jadi ister dan suri hati habib... kite pon pnh pjj... tp 10bulan...peritnya jgn ckp.. kite je rase mcmne... hummm syg harap habib jadi seorg suami yg dpt bimbing syg... ajar syg.. tegur syg andai ad silap... dan daddy kepd anak² kite nanti...tbe² rindu kt baby nur ahmad kite..esok 18032018 due date nye...tp Allah lebih myanyangi nye..die anak syurga..perginya saat usia 7minggu.. baby nur ahmad tggu doakn ummi daddy ye serta adik².... adik baby nur lahir bln 7 nt...teeima kasih baby nur ahmad sbb doakan ummi daddy di sini... terima kasih YA Allah atas anugerah terindah... Allahuakbar
Tuesday, 23 January 2018
kisah berpantang
scroll² fb tetiba terjumpa ini kisah...hummm aku pon dalam dilema nk berpantang dimana..baru aku tahu tempat berpantang juga boleh PENGARUHI EMOSI IBU & BAYI - ANTARA PUNCA BOLEH MEROYAN....
Buat ibu ibu yang tengah mengandung nak berpantang tu, fikir betul betul di mana nak berpantang.
Saya berpantang di rumah mertua. Sebab suami cakap mertua teringin nak jaga saya untuk kali ni. Masa 1st pantang dulu, saya berpantang kat rumah mak di Kedah. Saya pun setuju sebab mertua saya memang baik.
Tapi bila berpantang di rumah mertua, rasanya lain dari berpantang di rumah mak sendiri. Mertua saya bela kucing, so kucing membuang dalam toilet. Bau dia sungguhlah bagi saya pening. Nenek saya cakap bau pun boleh bagi ibu yang berpantang ni bentan & meroyan. Bertambah takut saya.
Busuk najis tu sangat kuat. Nak cakap apapun tak boleh sebab mertua saya sayang kucing. Ada lebih 10 ekor. Kalau dulu saya boleh basuh toilet tu tapi dalam pantang tak boleh nak tunduk2, luka tak sembuh lagi.
Nak mintak mertua basuhkan rasa bersalah. Suami pulak keluar pagi pegi kerja. So apa yang mertua buat & hidangkan untuk saya saya makan saja tanpa membantah.
Adik ipar lelaki ramai kat rumah ni, so setiap kali anak menangis nk susu saya kena bawa masuk bilik, bilik kat sini memang bahang sangat sebab matahari menghala ke bilik kami, sebab tu saya selalu bawak anak duduk kat ruang tamu.
Kalau nak cakap apa apa takut mertua terasa... sebab mertua saya jenis yang soft. Kalau mak lain... bila tak cakap pun mak faham ja...
Saya sayang mertua saya sangat sebab dia baik & nak jaga saya. Tapi saya jadi hampir meroyan sebab stress dengan bau najis kucing, dengan bilik berkuap tak ada udara.... dengan anak menangis tak selesa... kalau dengan mak sendiri, saya tak kekok nak cakap apa apa.
Lagipun ni adalah kali pertama mertua jaga orang berpatang. Saya hargai mertua saya... tapi emosi saya pulak terganggu. Ntahla sis... rasa serba salah pun ada...
Harini hari ke 42 berpantang, buat ibu ibu lain tolonglah pilih tempat berpantang dengan betul. Ia sangatlah akan pengaruhi emosi. Doakan saya. - Aliya
.
.
.
Betul sangat... tempat berpantang & environment pengaruhi emosi mommy & bayi..
.
.
.
Masa berpantang... katakan mommy terpaksa tidur di bilik yang sempit... tiada udara.. gelap & bersepah.... ia sangat akan bagi kesan tak best kpd mommy.... & untuk dapat stress tu mmg sgt tinggi...
.
.
.
Baik, saya share TIPS TEMPAT BERPANTANG supaya mommy lebih ceria :
1. Rumah siapa? - Part ni memang suami kena consider. Biar isteri buat pilihan dimana dia hendak berpantang. Rata rata wanita jadi bertambah stress sebab ada di antara suami yang memaksa isterinya berpantang di rumah ibu & ayahnya. Menyebabkan mommy ni rasa tak selesa & bertambah stress.. finally susu pun tak banyak. Tapi ada juga wanita yang sebenarnya suka berpantang di rumah mertua. Terpulang.
.
.
.
2. Lantai @ tilam - Mommy & anak sama sekali dilarang tidur direct di atas lantai tanpa melapik tilam @ toto yang tebal. Tahu tak sebab suruh pakai socks masa pantang? antaranya tak nak bg mommy pijak lantai. Lantai tu sejuk.Tak bagus untuk ibu yg berpantang. Elakkan juga tidur di atas katil bersama bayi. Banyak kes anak jatuh dari katil sebab takda penghadang. Careful ....
.
.
.
3. Kedudukan tidur - Make sure mommy & bayi tidur mengiring ke kiblat dan bukannya melujur kaki ke kiblat.
.
.
.
4. Sebenarnya berapa lama suami kena 'pantang' ni? rujuk page 143 buku 9bulan10hari mengenai hukum menyetubuhi isteri sebelum 100 hari berpantang =)
.
.
.
5. Barang baby - Make sure sebelum mommy nak ke hospital melahirkan anak.. mommy dah boleh letak segala barang baby seperti bedak.. minyak angin .. wipes... lotion... cotton buds di dalam satu raga... & siapkan juga pakaian bayi yang sudah dibasuh, dijemur & dilipat berdekatan tilam berpantang mommy tu.
.
.
.
6. 5 syarat wajib berpantang - mommy wajib follow semua ni kalau mommy nak kelihatan menawan. Ada kes disebabkan tak follow prinsip berpantang ni.. ada mommy yang bentan & meroyan selain bentuk badan yang totally berubah. Rujuk page 130-143 buku 9bulan10hari. Banyak tips & info mengenai berpantang di situ.
.
.
.
7. Surah yaasin - Ketika mommy nifas... 'benda benda' tu suka sangat dengan mommy.. & maybe anak pun dapat tempias. Make sure mommy ltak surah yaasin 1 disebelah anak & satu disebelah bantal mommy.
.
.
makan bersuap boleh tambah rezeki
" BILA SAYA SUAP ISTERI DAN ISTERI SUAP SAYA, REZEKI KAMI DATANG MENCURAH-CURAH, ALHAMDULILLAH "
Semasa saya ditaman petang tadi, telah datang seorang lelaki. Kami pun berbual. tengah2 kami berbual, lelaki ni telah meluahkan perasaan. Katanya dia ada masalah. Lelaki ini menceritakan tentang kehidupannya dengan keluarga, kehidupan yang beliau hadapi sangat sempit dan tidak tenteram. Kata beliau, dia dan isteri sering bertengkar sahaja.
"Saya dah usaha macam2 dah bang, macam2 cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah" kata lelaki itu
"Masa awk makan dengan isteri, awk ada suapkan makanan kat dalam mulut isteri awk tak?" saya tanya.
"Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak" jawabnya.
"Awk pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak2 awk tak?" Tanya saya lagi.
"Pun tak pernah, kenapa awk tanya macam tu?" Jawap lelaki itu lagi
" Kalau awk nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup je. Kehidupan mereka tenang dan berkat. Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah."
"Perasan tak sekarang? Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga. Kalau ada pun, time makan tu masing2 leka main henset atau pun sibuk melayan tv. Allahu..."
"Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi2 kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat2 tergigit jari sikit. Hehe!"
"Awk pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awk nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3beranak. Kadang2 tu anak dan saya berebut nak suap mak dia."
Mulai hari ni, Cuba abang amalakan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah".
Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.
"Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya
Mulai hari ni, Cuba abang amalakan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah".
Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.
"Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkan saya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga."
Monday, 22 January 2018
DEMI ZURIATMU
Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung..
Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..
Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir.
Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya...isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti..
Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik atau ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir.
Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang.
Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan. Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan. Itulah cinta yang ikhlas. Bahagia...
Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak.
Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.
Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga..
Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.
Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin.
Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami.
Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka.-ebit lew
Tuesday, 16 January 2018
Kenapa isteri aku tak cantik??
" Kenapa isteri aku tak cantik ? "
.
.
Ada 2 kawan baik yang dua dua mereka sudah bernikah 10 tahun. Bertemu kembali secara kebetulan di sebuah kedai makan...
.
.
Mereka mula berbual , bercerita kisah masing..
Suami dan suami , isteri pula dengan isteri ...
.
Afiq : Lama tak Jumpa, isetri kau cantik ya!
Budi : Alhamdulillah …
Afiq : Korang baru nikah ya?
Budi : Ha'ah alhamdulillah baru lagi , baru 10 tahun…
.
.
.
Mendengar jawaban Budi, Syafiq terkejut..
Sebab dia Dan Isteri pun dah 10 Tahun, tapi syafiq rasa isterinya tidak secantik isteri Budi.
Syafiq rasa isterinya nampak tua dan tak menarik.
.
.
.
Afiq : Aku Kahwin Lebih Kurang kau juga. Dah hampir 1 Tahun, aku nak tanya sikit.. Isteri aku ni dulu lawa sekarang dah maca mak mak. Nak cerita saja, sebab Kadang-kadang aku rasa dah tak tertarik dengan dia. Kalaulah isteri aku macam isteri kau.. Lawa..issh..
.
.
Budi Hanya Tersenyum...
Afiq Tambah Lagi...
.
Afiq : Bila Tengok Isteri kau ni, cantik, dia buat keje rumah ke atau tak? Kalau isteri aku memang rajinlah buat keje rumah, anak2 semua dia yang uruskan. Aku keje je.
.
.
Budi : Alhamdulillah bini aku cantik. Dan dia memang jaga rumah dan anak2 juga. Masak kemas rumah pun dia buat..
.
.
Dengar Kata Budi, Wajah AFiq berubah. Terfikir kenapa isterinya tak sama macam isteri Budi.
.
Kemudian Budi Bertanya...
Budi : Kau tahu apa isteri kau suka makan?
Afiq : Tak tahu ler aku. Dia makan je lah apa apa.
Budi : Bila last kau peluk dan cium isteri kau?
Afiq : Tak Ingat, Lama dah kot tak buat. Sejak ada anak2 ni mana ada masa..aku sibuk pula tu.
.
.
Budi : Bila last sekali kau beli Baju Baru, yang kau belikan untuk dia sendiri..?
Afiq : Baju baru? Dia pakai je lah apa ada. Buat apa baju lagi sampai 2 almari dah..
.
Budi : Isteri Kau Pakai baju saiz apa? Apa ukuran pinggang isteri kau?
Afiq : Mana lah aku tahu, malas lah aku nak tanya..
.
.
Budi : Aku tahu apa isteri aku suka.. Apa hobi dia, malah aku tahu apa yang dia fikir bila dia duduk sorang2 termenung. Balik keje aku akan cari dia dulu, Tolong dia di dapur, pegangkan anak kejap sementara dia siapkan makan. Bangun tidur aku cium isteri aku, Pegang tangan dia, baringkan seketika di tangan aku.
.
Budi : Kalau penat macam mana sekali pun aku keje aku tetap akan buat isteri dan anak aku keluar hujung minggu. Aku tahu ukuran baju isteri aku, warna kegemaran dia, tudung dia. Jadi kalau aku nak beli buat surprise aku dah tahu nak beli apa..
.
.
Afiq Terasa malu. Tertunduk dengan bahunya ke bawah. Budi sambung lagi..
.
.
Afiq Tiba2 teringat dia ada bertengkar dengan isteri nya minggu lepas..
Kalau Afiq dan isteri tak puas hati dia akan marah dan buat tak tahu pada isterinya. Minggu sudah gaduh sebab isterinya minta duit untuk beli baju tapi tak diberi malah dia kata isteri nya menyusahkan sebab minta duit
.
.
Budi : Kalau isteri sendiri pun kau tak sayang..
Macam mana isteri nak sayang kau. Dia sanggup Korbankan apa saja untuk kau. Tenaga dia, masa dia, impian dia. Cita cita dia. Badan dia dulu lawa, kau hamilkan dia, dia takut untuk beranak tapi dia tetap lakukan juga. Dia Kadang-kadang tak fikir kan diri dia. Tapi dia fikirkan kau dan anak anak..
.
Isteri tu ibarat kebun, jika tuannya rajin untuk baja dan siramkan air, bunga pun akan cantik. Tapi kalau tukang kebun tu malas, tak ambil tahu.. Bunga pun layu. Kau kena peka pada isteri kau., kalau kau buat dia macam tak wujud. Tak ambil berat, memang lah Isteri kau nampak macam tu, sebab dia dah penat..
.
.
Afiq Tertunduk Dan Rasa Begitu Malu..
Tidak Pernah Terlintas Di Fikirannya.
Selama ni perlu buat begitu.
.
.
.
Kesimpulannya....
.
Wajah, penampilan isteri sebelum kahwin ditentukan oleh kerjanya, ibu ayahnya..
.
Tapi Lepas kahwin...
Penampilan dia, wajah dia terbentuk hasil dari Pernikahannya.
.
.
Kalau nak isteri cantik, jagalah dia..
Ambil berat pasal dia. Ambil tahu apa yang dia suka, apa yang tak suka, ambil tahu segalanya.
Isteri yang Bahagia akan nampak dari sinar di wajahnya. Dari matanya. Dari bahunya. Dari penampilannya..
.
.
Isteri Adalah Cerminan Suaminya..
Nak isteri cantik, jagalah dia baik2.

Tip tambah air kutuban
1) JANGAN STRESS:
Stress tidak baik untuk kesihatan terutamanya ibu mengandung kerana dibimbangi bayi bakal mengikuti emosi ibu pada waktu itu. Tenangkan fikiran dan perbanyakkan zikir dan doa kpd Allah agar dilindungi bayi dalam kandungan.
2) BEDREST:
Maksudnya berehat di katil. Tak perlu mengemas rumah, memasak bagai. Time ni lah ibu boleh uji kasih sayang dan perhatian suami. Suami yg sayang isteri dan anak, tak salah kan time ni tunjukkan keprihatinan. Tapau makanan dan tolong kemas rumah.😘
3) BANYAKKAN MINUM AIR:
Terutamanya air kosong bagi mengelakkan dehidrasi. Maklumlah, cuaca kan menentu. (Air Zam Zam amat digalakkan)
4) MINUM AIR KELAPA:
Selain banyak khasiat, air kelapa rasanya memang sedap dan memberi tenaga kepada badan. Nak nak jika minum time matahari meninggi dan bulan puasa. Perghhhh.. Tapi ingat pesan orang tua, awal kehamilan tak boleh minum air kelapa.
5) MAKAN TEMBIKAI
Tembikai sangat enak dimakan begitu saja. Buat jus pun best juga. Ibu hamil digalakkan makan tembikai untuk tambah air ketuban. Doktor pun ada bagi cadangan yang sama tika saya mengandung dulu.
Monday, 15 January 2018
SUSAHKAN JAGA ISTERI..
Jaga isteri memang susah,memang penat,memang rasa rimas.
Suka membebel,suka marah-marah,suka merajuk tapi ketahuilah.
.
Mulut yg bising itulah yg banyak menenangkan kamu.
Mulut yg bising itulah memeriahkan rumah kamu.
Mulut yg bising itulah yg bnyak menyedarkan kamu.
Wanita yg kuat merajuk itulah yg mendidik rasa sabar kamu.
Wanita yg bising itulah banyak membelaimu.
Wanita yg bising itulah yg banyak memeluk kamu.
Dan wanita yg bising itu jugalah yg bersama kamu saat susah dan senang.
.
Tanpa mengira betapa di terluka dgn cara layananmu.
Nasihatku hanya satu, hargailah isteri mu seperti seorang ibumu kerana dia jua seorang ibu kepada anak-anakmu, kerana kamu akan mengerti betapa berharganya mulut bising itu ketika kamu kehilangannya dan ketahuilah betapa kamu akan merindukan bebelannya..
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)