Friday, 6 April 2018

AKU SURIRUMAH

Ada hamba Allah berkata; Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar. Saya menjawab (Dalam hati); Awak tahu ke baru 20hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami saya. Mana mungkin saya nak beritahu awak perihal kewangan keluarga saya. Ada hamba Allah berkata; Rugilah awak tak kerja. Kawan-kawan segrad dengan awak paling-paling busuk dapat 2K sebulan. Saya jawab (Dalam hati); Siapalah yang tak nak ada duit sendiri. Berbakti kepada keluarga sendiri. Allah pilih saya jdi surirumah seawal usia 24tahun..tapi pernah berkerja hampir 3thun lebih ..kerja tetap seusia 21tahun slpas tamat belajar..sblm tu lagi lepas spm..cuti2 sem pantang je bulun kerja sbb dgn kerja dpt lah duit boleh byr yuran pngjiaan sem bru dgn duit blnja..duit belajar yg saya dpt tu buat simpan.... Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit. Ada hamba Allah berkata; kita orang perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi dahulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak. Saya jawab (Dalam hati); macam lah takdir saya awak yang tentukan. tahukah awak dalam akaun simpanan saya ada berapa?? tak kan nak bagitahu awak kot.. Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak. Saya menjawab (Dalam hati); saya tak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit. mak mertua selalu bagi nasihat apa yang perlu buat..tahukah awak?? Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan. Saya jawab (Dalam hati); kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak. siapa cakap?? hummm perluke saya bgth aset apa yang saya dah ada kat awak...hello... before ni saya penah kerja...dalam masa 3tahun saya pulun habis nak ada aset sendri sebagai persediaan apa kemungkinan akn terjadi... cuma 2benda lgi saya tgh usahakan...ambik masa sebab surirumah kan...ap² pon saya akan buktikan.... Sayangku bermulut bawang; jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Tiap kita berbeza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerana dia suka bekerja. Hidup ini pilihan. saya pon pernah tanamkan azam nak jadi serirumah seusia 30tahun... tp Allah tu maha mengetahui segala² nya..diawalkan seusia 24tahun...aturan Allah itu cantik...yakinlah Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya tak semua yang berpendapat sebegitu. Jangan lupa Ini juga aturan Allah sayangku. Hati-hati bila berbicara Setiap perbuatan baik dan buruk akan dihisab di akhirat. #salamjumaat #6april2018

No comments: