Wednesday, 15 August 2018

Breastfeeding

bukan sat sebelum bersalin.. -bersihkan nipple.. -check nipple,ni dari awal buat pun bagus.. -gali ilmu penyusuan.. -brainwash suami korang siap-siap pasal ilmu penyusuan..sebab orang lelaki ni lembut,dia nampak isteri susah payah terus lembut hati dia..tak ingat dah plan asal.. -bincang dengan suami,plan serta minta izin dia..minta juga dia jadi tulang belakang korang.. -Niat bf korang ni kena jelas,sebab apa..menyusukan ni bukan pada ibu saja,berat lebih pada ayah sebenarnya.. ********************************************* sejurus bersalin,kat hospital.. -terus susukan baby seawal boleh.. -minta bantuan nurse susu ibu untuk check lekapan bayi.. -jangan picit-picit untuk tengok susu keluar,itu cara yang salah.. -baby berak kencing,maksudnya ada susu.. -positive kan minda,set susu ada dan cukup untuk anak.. -skin to skin dan room in.. -tak ada ransangan/hisapan dari bayi,macam mana susu nak keluar..so susukan baby..hisapan baby ni sangat power.. **************************************************** selepas bersalin.. -kena pekakkan telinga if ada orang datang dok komplen pasal bf..penziarah ni kadang sangat prihatin,tapi dia sendiri tak ada pengalaman..cuma hearsay.. -baby nangis tu normal,bukan bermaksud lapar saja..tak selesa,panas,pampers penuh,atau saja je nak nangis pun antara faktor baby nangis.. -baby kerap susu juga normal,sebab perut bayi kecil saja..cepat diisi,cepat juga kosong.. -makan-makan tambah susu ni tak perlu dalam pantang..susu dah lebih dari cukup,baby cuma dilahirkan dengan perut sebesar walnut.. -tak perlu air masak untuk bayi..apatah lagi nestum.. -pam bila perlu saja,jangan sesekali bandingkan hasilnya dengan orang lain.. -tak digalakkan perkenalkan botol terlalu awal,kita nak elak nipple confused pada baby..jika terpaksa juga contoh korang tak boleh df baby sebab baby on apa-apa ubat,gunalah sudu,cup,atau syringe.. -ada rezeki lebih,invite PC/LC untuk dapatkan lebih lagi info pasal bf.. -nurse yang homevisit tu pun boleh juga korang nak tanya dia pasal bf ni..jangan lepaskan peluang.. -bengkak bukan petanda susu banyak ya..nak elak bengkak,agak dah berat tu korang kejut baby suruh dia susu atau marmetlah.. -satu lagi,tak ada manusia yang boleh scan orang lain untuk tahu dia jenis susu sikit ke banyak..jangan sebab mak bidan kata korang jenis susu sikit terus percaya..mindset jaga.. -tak wujud keturunan susu sikit,susu banyak..begitu juga manusia jenis susu sikit susu banyak..(ini berbeza bagi ibu yang ada masalah kesihatan ya) -apa je dugaan time pantang ni..bersabar dan tabahlah hadapinya..sebab bf ni penuh dengan liku-liku..kena kuat..kalau dalam masa pantang dah lembik,macam mana nak capai 2tahun?dan semua ibu hadapi masalah hampir sama.. ************************************************* *info:1-3 hari pertama normal jika tak ada susu,yang ada cuma kolostrum..sangat pekat likat..jangan picit tak keluar memancut terus kata tak ada susu..dan jangan expect susu keluar macam air paip.. selepas kolostrum baru susu peralihan keluar.. ingat,selagi anak susu,susu akan ada..basic bf,demand vs supply..

No comments: