Wednesday, 10 October 2018

Sunat anak perempuan

KETAHUI 7 PERKARA INI UNTUK SUNAT ANAK PEREMPUAN. ................................................................................. 1) HUKUM DALAM ISLAM Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus. Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut. ................................................................................ 2) UMUR PALING SESUAI Selalunya doctor akan cadangkan untuk bersunat selepas habis waktu pantang. Ini kerana sunat bayi perempuan lebih bagus di awal usianya. Bayi kecil lebih mudah daripada bayi yang telah besar. Kerana bayi kecil tidak perlu pantang dari segi makanan. Anak semakin besar juga rumit untuk jaga lukanya. ................................................................................ 3) PROSEDURNYA CEPAT Berkhatan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan. Prosedur berlaku hanya 3 min atau kurang. ................................................................................. 4) PERSEDIAAN IBU BAPA Sebelum bawa anak untuk berkhatan, ibu bapa harus memastikan anak dalam keadaan sihat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu bapa diberitahu oleh pihak klinik supaya memakai lampin baru sebelum memulakan ...................................................................................... 5) CARA PENJAGAAN Lebih mudah dari baby lelaki. Cara penjagaan seperti menjaga luka biasa. Tekankan aspek kebersihan. Seperti menukar lampin. Bayi tidak banyak ragam tetapi cuma nampak letih. ..................................................................................... 6) HIKMAH BERKHATAN Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit. ....................................................................................... 7) KOS RAWATAN Kosnya tidaklah mahal. Biasanya sekitar RM40-RM70. Bergantung kepada lokasi dan kepakaran sesebuah klinik #share

No comments: