Wednesday, 12 September 2018

LeSuNG pIpIT 😚

5 FAKTA LESUNG PIPIT YANG RAMAI TAK TAHU Lumrah manusia sukakan yang cantik-cantik. Yang cantik itu indah, yang cantik itu tenang. Salah satu kecantikkan manusia yang unik adalah LESUNG PIPIT. Mereka yang ada lesung pipit secara automatik kelihatan awet muda atau baby face Tapi, tahukah anda, lesung pipit sebenarnya adalah satu 'kecacatan' di otot pipi yang dipanggil "zygomaticus major". Namun ia adalah kecacatan yang cantik 😍😍 5 fakta tentang lesung pipit yang ramai tak tahu ⤵ #1_HANYA_20_PERATUS_MANUSIA_ADA_LESUNG_PIPIT Menurut statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. #2_RAMAI_YANG_TERTARIK Walau apa pun mood anda, sedih, marah, atau penat, hanya ukirkan sedikit senyuman anda tetap kelihatan menawan di depan kamera. Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda. Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang. Kesimpulannya, walaupun pakai shawl senget benget, sekali senyum tetap nampak cun 😘 #3_ANDA_KELIHATAN_LEBIH_MUDA Perasan tak, orang yang ada lesung pipit ini nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia. Ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil. Secara tidak langsung, bahagian otak kita secara automatiknya akan menerima maklumat ini dan memainkan peranan untuk memberitahu kita maklumat ini setiap kali memandang lesung pipit seseorang. #4_ANDA_MENYEBARKAN_AURA_KECERIAAN Dengan senyuman, anda berupaya menyebarkan aura ceria kepada orang di sekeliling anda. Sangat membantu bagi mereka yang sering Monday Blues 😃✌ Tapi kalau anda yang berlesung pipit pula yang monday blues, memang tak dapat nak bantu lah 😅 #5_RAMAI_SELEBRITI_MENJADI_LEBIH_POPULAR_KERANANYA Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini.

No comments: