Thursday, 25 October 2018

Rezeki kita dan dia

REZEKI KITA DAN DIA 1. Kita tak sempat nak masak nasi lemak. Jadi, kita pun beli nasi lemak pagi-pagi. Itu rezeki makcik penjual nasi lemak. 2. Kita kena bekerja masuk ofis. Jadi, kita hantar anak kita ke pengasuh dan minta dia jaga. Itu rezeki akak pengasuh tu. 3. Kita tak pandai sangat urusan jual beli rumah. Jadi, kita lantik dan upah ejen hartanah untuk bantu. Itu rezeki dia. 4. Kita tak reti nak buat Sale & Purchase Agreement. Jadi, kita lantik lawyer untuk uruskan. Itu rezeki lawyer. 5. Kita nak mohon pembiayaan rumah. Tapi tak pasti layak ke tidak. Kita minta tolong banker dan dia dapat komisyen. Itu rezeki dia. 6. Kita nak pakai penapis air kat rumah. Tapi kita bukan ejennya. Jadi, kita jumpa ejen kowey dan kuko lah. Itu rezeki mereka. 7. Kita tak faham pasal takaful dan pelaburan. Kita minta bantuan konsultan. Mereka dapat komisyen. Itu rezeki mereka. "Eleh, nak promote produk dia lah tu." "Buat rugi je pakai ejen property." "Mahal lah nak bayar lawyer." "Banker tengah kejar sales lah tu." "Ejen takaful tu nakkan komisyen je." Rezeki kita, kita dapat makan nasi lemak, anak dijaga pengasuh dengan baik, urusan jual beli rumah lancar, dapat guna penapis air, dapat perlindungan takaful dan pelaburan. Rezeki penjual nasi lemak, pengasuh, ejen hartanah, lawyer, banker, ejen penapis air, konsultan pelaburan dan ejen takaful pula adalah upah, gaji dan komisyen. Inilah namanya berkongsi rezeki. Apalah yang kau dengki sangat dengan apa yang mereka dapat. Kalau kau nak berkira sangat, kau buatlah semuanya sendiri. Penat hidup ni kalau semua benda kau nak berkira. Hakikatnya, kita takkan mampu buat semuanya sendiri. Betul, kena berjimat. Tapi, berjimat jangan sampai kedekut. Ha! - HF #harithfaisal SHARE jika bermanfaat.

Tuesday, 23 October 2018

Isteri adalah cerminan suami

Isteri adalah cerminan suami . Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya . Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu . " Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah " . InshaAllah . Cuplikan ceramah - Prof Muhaya

Wednesday, 10 October 2018

Sunat anak perempuan

KETAHUI 7 PERKARA INI UNTUK SUNAT ANAK PEREMPUAN. ................................................................................. 1) HUKUM DALAM ISLAM Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus. Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut. ................................................................................ 2) UMUR PALING SESUAI Selalunya doctor akan cadangkan untuk bersunat selepas habis waktu pantang. Ini kerana sunat bayi perempuan lebih bagus di awal usianya. Bayi kecil lebih mudah daripada bayi yang telah besar. Kerana bayi kecil tidak perlu pantang dari segi makanan. Anak semakin besar juga rumit untuk jaga lukanya. ................................................................................ 3) PROSEDURNYA CEPAT Berkhatan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan. Prosedur berlaku hanya 3 min atau kurang. ................................................................................. 4) PERSEDIAAN IBU BAPA Sebelum bawa anak untuk berkhatan, ibu bapa harus memastikan anak dalam keadaan sihat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu bapa diberitahu oleh pihak klinik supaya memakai lampin baru sebelum memulakan ...................................................................................... 5) CARA PENJAGAAN Lebih mudah dari baby lelaki. Cara penjagaan seperti menjaga luka biasa. Tekankan aspek kebersihan. Seperti menukar lampin. Bayi tidak banyak ragam tetapi cuma nampak letih. ..................................................................................... 6) HIKMAH BERKHATAN Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit. ....................................................................................... 7) KOS RAWATAN Kosnya tidaklah mahal. Biasanya sekitar RM40-RM70. Bergantung kepada lokasi dan kepakaran sesebuah klinik #share

Friday, 14 September 2018

kebaikan emas untuk kanak-kanak

Kebaikkan Kesihatan Untuk Budak Kecil Pkai Emas . . . Dimana Kisah zaman Rasulullah Dulu telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al Tarmizi bahawa apabila hidungnya Arfaja bin As ad telah dipotong pada harinpeperangan Al kulab , beliau telah menggunakan Kertas menutup ruang yang cedera itu . Namun Bahagian itu telah menjdi busuk , Lalu Rasulullah SAW telah mengarahkannya menggunakan Emas untuk menutupi runangan Hidung tersebut . Disini kita sudah mendapati Bahawa Emas juga Ubat untuk sebahagian Penyakit . Selain itu Kebaikkan Untuk Kanak kanak Juga Dapat membantu 11 Perkara , 1 - Lemah Jantung 2 - Masalah Parkinson 3 - Masalah gangguan dan penyakit yang berkaitan kemurungan dan kesedihan , 4 - mencatikkan Kulit 5 - Mengelak Rambut gugur 6 - Menerang dan menguatkan Mata 7 - menguatkan Semua organ Tubuh badan 8 - Menghapuskan Nafas berbau 9 - Menguatkan Semangat 10 - Menguatkan Firasat 11 - Merawat masalh Anggau Bercinta nanti ada rezeki lebih ummi daddy blikan falisha ye syg 😍

Wednesday, 12 September 2018

LeSuNG pIpIT 😚

5 FAKTA LESUNG PIPIT YANG RAMAI TAK TAHU Lumrah manusia sukakan yang cantik-cantik. Yang cantik itu indah, yang cantik itu tenang. Salah satu kecantikkan manusia yang unik adalah LESUNG PIPIT. Mereka yang ada lesung pipit secara automatik kelihatan awet muda atau baby face Tapi, tahukah anda, lesung pipit sebenarnya adalah satu 'kecacatan' di otot pipi yang dipanggil "zygomaticus major". Namun ia adalah kecacatan yang cantik 😍😍 5 fakta tentang lesung pipit yang ramai tak tahu ⤵ #1_HANYA_20_PERATUS_MANUSIA_ADA_LESUNG_PIPIT Menurut statistik yang dilaporkan oleh The Daily Health Gen, hanya 20% daripada manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit. #2_RAMAI_YANG_TERTARIK Walau apa pun mood anda, sedih, marah, atau penat, hanya ukirkan sedikit senyuman anda tetap kelihatan menawan di depan kamera. Ini sudah cukup kelihatan asli dan berhasil ‘mengaburi’ mereka yang memandang anda. Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang. Kesimpulannya, walaupun pakai shawl senget benget, sekali senyum tetap nampak cun 😘 #3_ANDA_KELIHATAN_LEBIH_MUDA Perasan tak, orang yang ada lesung pipit ini nampak ‘baby face’ sangat! Saintis sendiri mengakui bahawa kelebihan lesung pipit ini menjadikan seseorang kelihatan muda walaupun semakin berusia. Ini kerana, lesung pipit amat sinonim dengan bayi atau anak kecil. Secara tidak langsung, bahagian otak kita secara automatiknya akan menerima maklumat ini dan memainkan peranan untuk memberitahu kita maklumat ini setiap kali memandang lesung pipit seseorang. #4_ANDA_MENYEBARKAN_AURA_KECERIAAN Dengan senyuman, anda berupaya menyebarkan aura ceria kepada orang di sekeliling anda. Sangat membantu bagi mereka yang sering Monday Blues 😃✌ Tapi kalau anda yang berlesung pipit pula yang monday blues, memang tak dapat nak bantu lah 😅 #5_RAMAI_SELEBRITI_MENJADI_LEBIH_POPULAR_KERANANYA Menurut laman web Time For Healthy Food, lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit. Walaupun kebanyakan daripada mereka memilikinya secara semulajadi, ada juga yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan ini.

Friday, 7 September 2018

Anak sulung perempuan 👧👶

Barakah Anak Sulung Perempuan ----------------------------------- " Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم ----------------------------------- Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم . ----------------------------------- Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina. ----------------------------------- Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu. ----------------------------------- Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. اللهم صل على سيدنا محمد . Inilah Barakah anak sulung perempuan " -----------------------------------
- Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى - Wallahualam

Tuesday, 4 September 2018

Pulas pampers sebelum pakai

Sebelum pakaikan pampers pada anak, pulas dulu pampers tu.. 👇👇👇 "Sayang, ni caranya nak bagi baby kita selesa" Ni la teknik 'ramas' dan 'perah' pampers yang isteri saya ajar. Memang ajaib pun teknik ni. Anak nampak lebih nyenyak tidurnya. Siap berdengkur lagi! Permukaan pampers kan kadang-kadang agak keras. Kalau kena dengan baby yang kulitnya jenis sensitif memang boleh iritasi kulit si comel kita. Pedih tu! Tu la kenapa kita 'perah' dan 'ramas' pampers ni dulu sebelum pakaikan kat anak kita supaya permukaan pampers tu jadi lebih lembut bila bersentuhan dengan kulit si comel kita. Jangan risau, pampers takkan bocor pun kalau buat camni. Jom cuba! Simber : Dr Taufiq Razif