Thursday, 25 October 2018

Rezeki kita dan dia

REZEKI KITA DAN DIA 1. Kita tak sempat nak masak nasi lemak. Jadi, kita pun beli nasi lemak pagi-pagi. Itu rezeki makcik penjual nasi lemak. 2. Kita kena bekerja masuk ofis. Jadi, kita hantar anak kita ke pengasuh dan minta dia jaga. Itu rezeki akak pengasuh tu. 3. Kita tak pandai sangat urusan jual beli rumah. Jadi, kita lantik dan upah ejen hartanah untuk bantu. Itu rezeki dia. 4. Kita tak reti nak buat Sale & Purchase Agreement. Jadi, kita lantik lawyer untuk uruskan. Itu rezeki lawyer. 5. Kita nak mohon pembiayaan rumah. Tapi tak pasti layak ke tidak. Kita minta tolong banker dan dia dapat komisyen. Itu rezeki dia. 6. Kita nak pakai penapis air kat rumah. Tapi kita bukan ejennya. Jadi, kita jumpa ejen kowey dan kuko lah. Itu rezeki mereka. 7. Kita tak faham pasal takaful dan pelaburan. Kita minta bantuan konsultan. Mereka dapat komisyen. Itu rezeki mereka. "Eleh, nak promote produk dia lah tu." "Buat rugi je pakai ejen property." "Mahal lah nak bayar lawyer." "Banker tengah kejar sales lah tu." "Ejen takaful tu nakkan komisyen je." Rezeki kita, kita dapat makan nasi lemak, anak dijaga pengasuh dengan baik, urusan jual beli rumah lancar, dapat guna penapis air, dapat perlindungan takaful dan pelaburan. Rezeki penjual nasi lemak, pengasuh, ejen hartanah, lawyer, banker, ejen penapis air, konsultan pelaburan dan ejen takaful pula adalah upah, gaji dan komisyen. Inilah namanya berkongsi rezeki. Apalah yang kau dengki sangat dengan apa yang mereka dapat. Kalau kau nak berkira sangat, kau buatlah semuanya sendiri. Penat hidup ni kalau semua benda kau nak berkira. Hakikatnya, kita takkan mampu buat semuanya sendiri. Betul, kena berjimat. Tapi, berjimat jangan sampai kedekut. Ha! - HF #harithfaisal SHARE jika bermanfaat.

Tuesday, 23 October 2018

Isteri adalah cerminan suami

Isteri adalah cerminan suami . Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya . Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu . " Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah " . InshaAllah . Cuplikan ceramah - Prof Muhaya

Wednesday, 10 October 2018

Sunat anak perempuan

KETAHUI 7 PERKARA INI UNTUK SUNAT ANAK PEREMPUAN. ................................................................................. 1) HUKUM DALAM ISLAM Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus. Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut. ................................................................................ 2) UMUR PALING SESUAI Selalunya doctor akan cadangkan untuk bersunat selepas habis waktu pantang. Ini kerana sunat bayi perempuan lebih bagus di awal usianya. Bayi kecil lebih mudah daripada bayi yang telah besar. Kerana bayi kecil tidak perlu pantang dari segi makanan. Anak semakin besar juga rumit untuk jaga lukanya. ................................................................................ 3) PROSEDURNYA CEPAT Berkhatan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan. Prosedur berlaku hanya 3 min atau kurang. ................................................................................. 4) PERSEDIAAN IBU BAPA Sebelum bawa anak untuk berkhatan, ibu bapa harus memastikan anak dalam keadaan sihat. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu bapa diberitahu oleh pihak klinik supaya memakai lampin baru sebelum memulakan ...................................................................................... 5) CARA PENJAGAAN Lebih mudah dari baby lelaki. Cara penjagaan seperti menjaga luka biasa. Tekankan aspek kebersihan. Seperti menukar lampin. Bayi tidak banyak ragam tetapi cuma nampak letih. ..................................................................................... 6) HIKMAH BERKHATAN Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit. ....................................................................................... 7) KOS RAWATAN Kosnya tidaklah mahal. Biasanya sekitar RM40-RM70. Bergantung kepada lokasi dan kepakaran sesebuah klinik #share