Wednesday, 6 September 2017

I am PrOuD aS aN ArMy WiFE

apabila dah sah menjadi isteri kepada seorg tentera..maka kita kena terima yang suami kite milik negara.. aku dulu pon tak boleh terima.. bile hati dah mule syg..nk2 bercinta lepas kawin..lgi lah..zaman knl dulu...tunang tak kisah xjumpe..bile dah kawin..ha..ambik ko..bru thu nikmatnye cinta.. tbe2 suami kne blik kem.. itulah dulu kerek..sombong.. "nt dah kawin..awk mesti nangis ingt kt abang".."eee..perasan..xde.." sekali....ha...ambik ko padan muke...hubungan pjj ni best..ha bile dah rase...sakitttt...hahaha disbbkn atas komitment aku ni aku biarkn n teruskn kerja...tp itulah aku kne hadap... hari2 tgok blog psal kerjaya tentera ni..smpaikn ad group tau bini2 askar..aku join skli...hahaha... tertarik tgok kisah ni..semoga manfaat...bermula Melangkah masuk seorang isteri anggota tentera ke dalam klinik saya. Dia baru saja berpindah ke pangkalan tempat saya bekerja. Dia memerlukan bekalan ubat-ubatan untuk penyakitnya yang sebelum ini diberikan oleh klinik kerajaan di tempat asalnya. Saya melihat di borang pengenalan diri. Ruangan pangkat suami dan unit di mana suaminya bekerja dikosongkan. Saya bertanya padanya, apa pangkat suami. Dia tersipu-sipu. Dia rupanya tidak tahu. Alasannya dia baru berkahwin. Aduh. Saya minta staf saya memanggil suaminya yang berada di ruang menunggu. Depan saya, saya arahkan anggota tentera itu memberitahu isterinya. Dia terpaksalah mengikut arahan saya kan. Sebagai isteri seorang tentera, penting sangat untuk wanita mengetahui 1. Nombor tentera 2. Pangkat 3. Tred atau kor 4. Unit / skuadron / pasukan suami masing-masing. Ini penting terutama kalau isteri itu tidak tinggal bersama suami. Kalaulah terjadi masalah di dalam rumahtangga, mana mahu dicari suami itu. Mana mahu disalurkan masalah yang melanda. Mana mahu dicarikan penyelesaiannya. Bukan tidak pernah ada kes anggota bermasalah, akhirnya isteri datang ke pangkalan atau kem terkial-kial mencari suaminya. Sepatah apa pun dia tidak mengetahui tentang suaminya. Cuma tahu nama. Tidak ke menyusahkan diri sendiri. ha kan?? semoga jd iktibar...pandai aku ckp..padahal aku pon tak thu detail2 suami aku...heheheh.. Organisasi tentera walaupun organisasi yang berhairaki, ia saling berkait antara setiap anggota dan pegawainya dan kebajikan setiap satu individu dan keluarga mereka sangat diambil berat. Menjadi tanggungjawab setiap anggota atau pegawai tentera menerangkan apa tugasnya, siapa PTTK dan pegawai yang menjaga, dan nombor telefon pejabat kepada waris. Manalah tahu terjadi tragedi dan anggota tidak dapat dihubungi kerana berada di perbatasan, pegawai yang berkenaan akan boleh dijadikan tempat untuk mendapatkan bantuan. Percaya atau tidak. Bila berkahwin, anggota atau pegawai tentera mesti membuat publikasi di pejabat rekod pasukan tentang butir-butir isteri atau suami. Setiap anak yang lahir juga mesti direkodkan. Penceraian pun sama. Ini penting, sekiranya berlaku kemalangan atau nahas semasa anggota atau pegawai tersebut di dalam tugas atau tidak, pasukan akan menghubungi waris untuk memaklumkan kejadian. Tidak perlu lah diviralkan untuk kita mencari waris seperti orang awam. Seperti nahas udara yang pernah saya sendiri menguruskannya, kami terus mempunyai butir-butir peribadi yang lengkap untuk memaklumkan kejadian pada keluarga dengan segera. Seorang isteri tentera mesti mengetahui yang: 1. Suami itu hak milik negara. Tanggungjawabnya demi keselamatan negara. Walaupun pangkat paling bawah pun, setiap satu anggota itu ada fungsinya. Tolonglah usah mengomel bila suami kena bertugas tidak tentu masa. Masa kita bersedia menjadi isterinya, kita telah bersetuju untuk berkongsi dia dengan organisasi tentera. Tidak perlu meroyan di Facebook apabila suami diarahkan untuk ke mana-mana tempat atau keputusan dibuat oleh pihak atasan mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak kita. Pihak atasan membuat keputusan demi organisasi. 2. Selagi boleh, usahakanlah untuk berpindah bersama suami ke mana sahaja dia pergi. Terutamanya yang baru berkahwin. Ramai yang isteri tidak mahu menurut suami, apatah lagi tidak mahu berpisah dari keluarga sendiri. Dah namanya askar kan, berpindah randah itu dah sebati. Saya sendiri anak pegawai tentera, sekolah asyik bertukar-tukar. Tempat isteri adalah di sisi suaminya. Dah penat la saya ini mengendalikan kes-kes rumahtangga akibat kehadiran orang ketiga apabila isteri berjauhan. Macam-macam pe'elnya. 3. Isteri askar beruntung. Setiap bulan suami dimestikan membuat potongan gaji wajib untuk isteri, yang berdasarkan tangga gaji dan pangkat. Tujuannya kalau suami kena pergi operasi atau ditugaskan di perbatasan, isteri tetap punya duit untuk perbelanjaan. Pastikan isteri tahu haknya. Kami sebagai pegawai atasan ni akan pastikan semua anggota dan pegawai bawahan membuat potongan gaji wajib. Walaupun sekarang ada ramai isteri yang bergaji lebih lebat dan berjawatan jauh lebih tinggi dari suami, mereka tetap layak menerima duit itu yang dimasukkan terus ke akaun bank. 4. Isteri tentera kena berdikari. Kena tahu memandu. Kena tahu menyelesaikan masalah sendiri. Kena tahu menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami yang sering ditugaskan merata tempat. Janganlah dibandingkan diri dengan isteri lain yang suaminya pergi ke pasar untuk belikan barang dapur. Isteri mesti memahami bukan suami suka-suka untuk bekerja, tetapi itu tugas hakikinya. Dia telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat demi negara, itu kita kena mengerti. 5. Kalau anak atau diri sendiri sakit, kena tahu di mana RSAT atau PPAT yang ada dalam pangkalan atau kem. Di pangkalan saya sekarang kalau suami pergi belayar sekali pun, kalau kami perlu menghantar anak isteri untuk dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut, kami akan uruskan semuanya. Siap ditemani anggota perubatan. Kita tidak akan lepas tangan. Kalau tidak tinggal di kuaters sekali pun, pintu RSAT atau PPAT terdekat memang sentiasa terbuka untuk isteri dan anak-anak. Yang penting maklumkan atau datang menjengah ke tempat kami untuk kami berikan bantuan perubatan. 6. Memang betul, gaji anggota dan pegawai tentera sekarang sudah kompetitif. Gaji seorang anggota paling bawah pun setaraf apa yang dibayar oleh kebanyakan syarikat swasta di luar, malah jauh lebih baik. Tetapi tidaklah bermakna isteri boleh bermewah-mewah. Mentang-mentang suami boleh buat pinjaman koperasi la, PERNAMA la, isteri sibuk mengidamkan macam-macam. Itu yang silap haribulan penyata gaji anggota tinggal ciput sangat sampai dia kena menghadap pegawai atasan. Aduh, kasihanilah suami masing-masing. 7. Usah lah berjauh hati bila suami tidak dapat pulang selalu ke kampung untuk berhari raya. Setakat kenduri kahwin saudara mara, pekakkan saja telinga kalau dikata macam-macam kenapa tidak balik. Suami askar memang tidak kerja tentu masa. Kalau ada lawatan kerja panglima sekalipun, atau ada aktiviti penting yang akan berlaku pada minggu seterusnya, memang hujung minggu pun kena bekerja. Jangan bebankan suami dengan bebelan kita yang merajuk sakan. 8. Sila belajar tatacara nak bawa diri dalam tentera sebagai isteri. Ini tidak, nak masuk jumpa doktor tentera pun main terpa saja. Langsung tak ada salam bagai. Padahal doktor tu pangkatnya bukan rendah pun. Suami pun satu, didiklah isteri itu. Itu pun tak betul, entah-entah cara berpakaian ke majlis rasmi lagilah. Ambil peluang berkenalan dengan isteri-isteri lain supaya kita dapat menumpang simpati dan bantuan sekiranya diperlukan. Tidak rugi pun berbaik-baik dengan isteri pegawai-pegawai pada suami kita. Sertai BAKAT. Pertubuhan untuk isteri-isteri tentera. BAKAT ni isu sensitif. Maklumlah ada isteri yang memang merasakan ia sesuatu yang sia-sia terutama kalau isteri itu status pekerjaannya tinggi, suami pula berpangkat rendah di dalam tentera. Tetapi, dengan cara menghadiri aktiviti BAKAT la isteri dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan tentera. Hujungnya... isteri askar ni kena belajar redha dengan pilihan hati sendiri dan ketententuan jodoh yang telah ditetapkan Ilahi. Etika sebagai isteri tentera itu penting kerana isteri mencerminkan suami masing-masing. 😊😊😊 ##i'm proud as im army wife

No comments: