
Tuesday, 19 September 2017
tips DOMPET BERISI
Scroll..scoll fb...tertarik plk dgan entri ni...dompet berisi..yelahkan..sekarang zaman sumuanye duit..kadang xsampai next gaji duit dah habis..hurm.
Bismillah. Terapi Dompet Berisi
.
Ini antara apa yang saya praktikkan. Kuncinya,
.
1. Lafaz
2. Yakin
3. Lupakan
.
Mungkin bila anda berbelanja, satu perkara rasa risau duit berkurangan.
.
Sebelum saya kongsikan cara Terapi, ada perkara yang penting untuk difahami
.
#1 - wang itu sebahagian energi.
.
Wang itu hanya alat. Ia macam air. Perlu dialirkan. Energi tak boleh dihapuskan, ia hanya boleh berubah bentuk.
.
Jadi wang itu nak tak nak perlu sentiasa berubah tempatnya.
.
Ada pepatah,
"Wang yang disedekah itu duit kita. Yang dalam poket belum tentu kita punya."
.
Sebab dalam poket itulah terkadang guna untuk bayar itu ini, makan itu ini.
.
Jadi yang milik kita adalah apa yang kita telah beri, atau sedekah.
.
Sedekah RM100, itulah duit milik kita. Sudah lock add on dalam bank akhirat.
.
#2 - kita adalah tukang agih rezekinya Allah.
.
Jika rasa berat bila nak berbelanja sebab perlu. Sentiasa lafaz dalam hati,
.
"Terima kasih Allah kerana memilih aku sebagai pengagih rezeki-Mu. Alhamdulillah syukur."
.
Bayangkan dalam keluarga, adik-beradik semua perform dapat memberi sesuatu kepada ibu bapa.
.
Tetapi kita sorang je yang tak perform. Rasa sedih tak?
.
Jadi berbahagialah bila Allah memberikan kita tanggungjawab dalam mengagih rezeki-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang lain.
.
Mungkin seorang pemandu GRAB ada berdoa mohon dikurniakan rezeki, profit bayaran yang tinggi.
.
Lalu anda jadi penumpangnya = Allah memakbulkan doanya dan perantaranya adalah anda.
.
#3 - Allah jugalah Yang Maha Pemberi Rezeki
.
Lirik Aiman dalam Cinta Terakhir,
"Usah ragu dengan takdir."
.
Usah ragu dengan Allah. Sentiasa ucapkan kata-kata +ve seperti,
.
"Insya-Allah nanti bertambah rezeki."
"Insya-Allah adalah jualan yang lebih banyak lepas ni."
.
...meskipun masa tu kita tengah dalam kondisi profit sales -ve.
.
Kerana apabila kita berkata +ve = kita bersangka baik dengan Allah + kita sedang programkan perkara-perkara +ve terjadi dalam hidup kita pada diri kita
.
Fake it until we make it - Allah kata Kun, apa yang kita mohon tu pasti terjadi.
.
TERAPI DOMPET BERISI
.
Langkah #1:
Setiap kali nak belanja, bila dah bagi cashier duit > ucapkan ayat 54 surah Saad,
.
إِنَّ هَـٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِن نَّفَادٍ
.
"Inna haza larizkuna maa lahu min nafad"
.
Anda juga boleh praktikkan ketika buat bayaran on9. Bila dah transfer > Successful > ucap ayat di atas
.
Langkah #2:
Dah bayar tadi kan? Kemudian pasti dapat baki kan?
Bila dapat baki > baca Al Fatihah
.
Langkah #3:
Lupakan. Usah ragu dengan takdir. Yakin sama Allah.
.
Jika ada bisikan keraguan, zikirkan > Ya Razzaq ya Ghaniy ya Mughniy atau sentiasa beristighfar
.
Allah sangat suka orang yang sentiasa memohon ampun dan bertaubat sehingga dalam surah Nuh ayat 10-12 dinyatakan,
.
//
Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.
.
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
.
Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan;
+ Banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak;
+ Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu
+ Sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
//
.
Praktikkan selama 21 hari secara konsisten berturut-turut, insya-Allah ada perubahan hidup walau serendah 1%.
.
Dengan izin Allah, ia berlaku
.

Saturday, 16 September 2017
PAHALA BUAT SEORANG ISTERI
Nampak macam bende remeh temeh tapi hakikatnye semua yang kita buat sebagai seorg isteri untuk suami boleh dapat pahala...inilah salah satu tiket kita untuk sama2 suami ke syurga..tidak dinafikan kebanyakkan isteri sekarang berkerja..ada tu balik2 kerja je penat la apa lah... isteri berkerja besar mana sekali pon gajinya.. tp klu suami tak redha kita..bau syurga apatah jauh sekali..hummm Allahuakbar....takutnye...satu je selalu pesan pada diri sendiri... kenapa seorg isteri boleh berkerja bersungguh2 dalam perkerjaannya,tapi klu berkerja untuk suami tak bersungguh2.??adakah sebab kerja dgn majikan..cukup bulan dapat gaji?? habis tu kerja ngan suami pulak?..hummm ingat suami lah yg akan bg kite tiket n bimbing kita di titian siratulmustaqim.... RENUNGAN SEBAGAI SEORANG ISTERI..
“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
“Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”
Subhanallah..!
.
Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
Wednesday, 6 September 2017
I am PrOuD aS aN ArMy WiFE
apabila dah sah menjadi isteri kepada seorg tentera..maka kita kena terima yang suami kite milik negara.. aku dulu pon tak boleh terima.. bile hati dah mule syg..nk2 bercinta lepas kawin..lgi lah..zaman knl dulu...tunang tak kisah xjumpe..bile dah kawin..ha..ambik ko..bru thu nikmatnye cinta.. tbe2 suami kne blik kem.. itulah dulu kerek..sombong.. "nt dah kawin..awk mesti nangis ingt kt abang".."eee..perasan..xde.." sekali....ha...ambik ko padan muke...hubungan pjj ni best..ha bile dah rase...sakitttt...hahaha disbbkn atas komitment aku ni aku biarkn n teruskn kerja...tp itulah aku kne hadap...
hari2 tgok blog psal kerjaya tentera ni..smpaikn ad group tau bini2 askar..aku join skli...hahaha...
tertarik tgok kisah ni..semoga manfaat...bermula
Melangkah masuk seorang isteri anggota tentera ke dalam klinik saya. Dia baru saja berpindah ke pangkalan tempat saya bekerja. Dia memerlukan bekalan ubat-ubatan untuk penyakitnya yang sebelum ini diberikan oleh klinik kerajaan di tempat asalnya.
Saya melihat di borang pengenalan diri. Ruangan pangkat suami dan unit di mana suaminya bekerja dikosongkan. Saya bertanya padanya, apa pangkat suami. Dia tersipu-sipu. Dia rupanya tidak tahu. Alasannya dia baru berkahwin. Aduh. Saya minta staf saya memanggil suaminya yang berada di ruang menunggu. Depan saya, saya arahkan anggota tentera itu memberitahu isterinya. Dia terpaksalah mengikut arahan saya kan.
Sebagai isteri seorang tentera, penting sangat untuk wanita mengetahui
1. Nombor tentera
2. Pangkat
3. Tred atau kor
4. Unit / skuadron / pasukan
suami masing-masing. Ini penting terutama kalau isteri itu tidak tinggal bersama suami. Kalaulah terjadi masalah di dalam rumahtangga, mana mahu dicari suami itu. Mana mahu disalurkan masalah yang melanda. Mana mahu dicarikan penyelesaiannya. Bukan tidak pernah ada kes anggota bermasalah, akhirnya isteri datang ke pangkalan atau kem terkial-kial mencari suaminya. Sepatah apa pun dia tidak mengetahui tentang suaminya. Cuma tahu nama. Tidak ke menyusahkan diri sendiri. ha kan?? semoga jd iktibar...pandai aku ckp..padahal aku pon tak thu detail2 suami aku...heheheh..
Organisasi tentera walaupun organisasi yang berhairaki, ia saling berkait antara setiap anggota dan pegawainya dan kebajikan setiap satu individu dan keluarga mereka sangat diambil berat. Menjadi tanggungjawab setiap anggota atau pegawai tentera menerangkan apa tugasnya, siapa PTTK dan pegawai yang menjaga, dan nombor telefon pejabat kepada waris. Manalah tahu terjadi tragedi dan anggota tidak dapat dihubungi kerana berada di perbatasan, pegawai yang berkenaan akan boleh dijadikan tempat untuk mendapatkan bantuan.
Percaya atau tidak. Bila berkahwin, anggota atau pegawai tentera mesti membuat publikasi di pejabat rekod pasukan tentang butir-butir isteri atau suami. Setiap anak yang lahir juga mesti direkodkan. Penceraian pun sama. Ini penting, sekiranya berlaku kemalangan atau nahas semasa anggota atau pegawai tersebut di dalam tugas atau tidak, pasukan akan menghubungi waris untuk memaklumkan kejadian. Tidak perlu lah diviralkan untuk kita mencari waris seperti orang awam. Seperti nahas udara yang pernah saya sendiri menguruskannya, kami terus mempunyai butir-butir peribadi yang lengkap untuk memaklumkan kejadian pada keluarga dengan segera.
Seorang isteri tentera mesti mengetahui yang:
1. Suami itu hak milik negara. Tanggungjawabnya demi keselamatan negara. Walaupun pangkat paling bawah pun, setiap satu anggota itu ada fungsinya. Tolonglah usah mengomel bila suami kena bertugas tidak tentu masa. Masa kita bersedia menjadi isterinya, kita telah bersetuju untuk berkongsi dia dengan organisasi tentera. Tidak perlu meroyan di Facebook apabila suami diarahkan untuk ke mana-mana tempat atau keputusan dibuat oleh pihak atasan mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak kita. Pihak atasan membuat keputusan demi organisasi.
2. Selagi boleh, usahakanlah untuk berpindah bersama suami ke mana sahaja dia pergi. Terutamanya yang baru berkahwin. Ramai yang isteri tidak mahu menurut suami, apatah lagi tidak mahu berpisah dari keluarga sendiri. Dah namanya askar kan, berpindah randah itu dah sebati. Saya sendiri anak pegawai tentera, sekolah asyik bertukar-tukar. Tempat isteri adalah di sisi suaminya. Dah penat la saya ini mengendalikan kes-kes rumahtangga akibat kehadiran orang ketiga apabila isteri berjauhan. Macam-macam pe'elnya.
3. Isteri askar beruntung. Setiap bulan suami dimestikan membuat potongan gaji wajib untuk isteri, yang berdasarkan tangga gaji dan pangkat. Tujuannya kalau suami kena pergi operasi atau ditugaskan di perbatasan, isteri tetap punya duit untuk perbelanjaan. Pastikan isteri tahu haknya. Kami sebagai pegawai atasan ni akan pastikan semua anggota dan pegawai bawahan membuat potongan gaji wajib. Walaupun sekarang ada ramai isteri yang bergaji lebih lebat dan berjawatan jauh lebih tinggi dari suami, mereka tetap layak menerima duit itu yang dimasukkan terus ke akaun bank.
4. Isteri tentera kena berdikari. Kena tahu memandu. Kena tahu menyelesaikan masalah sendiri. Kena tahu menguruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan suami yang sering ditugaskan merata tempat. Janganlah dibandingkan diri dengan isteri lain yang suaminya pergi ke pasar untuk belikan barang dapur. Isteri mesti memahami bukan suami suka-suka untuk bekerja, tetapi itu tugas hakikinya. Dia telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat demi negara, itu kita kena mengerti.
5. Kalau anak atau diri sendiri sakit, kena tahu di mana RSAT atau PPAT yang ada dalam pangkalan atau kem. Di pangkalan saya sekarang kalau suami pergi belayar sekali pun, kalau kami perlu menghantar anak isteri untuk dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut, kami akan uruskan semuanya. Siap ditemani anggota perubatan. Kita tidak akan lepas tangan. Kalau tidak tinggal di kuaters sekali pun, pintu RSAT atau PPAT terdekat memang sentiasa terbuka untuk isteri dan anak-anak. Yang penting maklumkan atau datang menjengah ke tempat kami untuk kami berikan bantuan perubatan.
6. Memang betul, gaji anggota dan pegawai tentera sekarang sudah kompetitif. Gaji seorang anggota paling bawah pun setaraf apa yang dibayar oleh kebanyakan syarikat swasta di luar, malah jauh lebih baik. Tetapi tidaklah bermakna isteri boleh bermewah-mewah. Mentang-mentang suami boleh buat pinjaman koperasi la, PERNAMA la, isteri sibuk mengidamkan macam-macam. Itu yang silap haribulan penyata gaji anggota tinggal ciput sangat sampai dia kena menghadap pegawai atasan. Aduh, kasihanilah suami masing-masing.
7. Usah lah berjauh hati bila suami tidak dapat pulang selalu ke kampung untuk berhari raya. Setakat kenduri kahwin saudara mara, pekakkan saja telinga kalau dikata macam-macam kenapa tidak balik. Suami askar memang tidak kerja tentu masa. Kalau ada lawatan kerja panglima sekalipun, atau ada aktiviti penting yang akan berlaku pada minggu seterusnya, memang hujung minggu pun kena bekerja. Jangan bebankan suami dengan bebelan kita yang merajuk sakan.
8. Sila belajar tatacara nak bawa diri dalam tentera sebagai isteri. Ini tidak, nak masuk jumpa doktor tentera pun main terpa saja. Langsung tak ada salam bagai. Padahal doktor tu pangkatnya bukan rendah pun. Suami pun satu, didiklah isteri itu. Itu pun tak betul, entah-entah cara berpakaian ke majlis rasmi lagilah. Ambil peluang berkenalan dengan isteri-isteri lain supaya kita dapat menumpang simpati dan bantuan sekiranya diperlukan. Tidak rugi pun berbaik-baik dengan isteri pegawai-pegawai pada suami kita. Sertai BAKAT. Pertubuhan untuk isteri-isteri tentera. BAKAT ni isu sensitif. Maklumlah ada isteri yang memang merasakan ia sesuatu yang sia-sia terutama kalau isteri itu status pekerjaannya tinggi, suami pula berpangkat rendah di dalam tentera. Tetapi, dengan cara menghadiri aktiviti BAKAT la isteri dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan tentera.
Hujungnya... isteri askar ni kena belajar redha dengan pilihan hati sendiri dan ketententuan jodoh yang telah ditetapkan Ilahi. Etika sebagai isteri tentera itu penting kerana isteri mencerminkan suami masing-masing.
😊😊😊
##i'm proud as im army wife
Saturday, 2 September 2017
Akulah pemilik tulang rusukmu yang paling pendek
Kalau kamu wahai perempuan ada mengenali seorang lelaki dan selama berkenalan dengannya kamu tahu dia menjaga solat 5 waktu tak pernah tinggal. Hormat mak ayah, akhlakya baik serta peribadinya mulia.
Apabila marah dia tidak menghina kamu jauh sekali menaik kan tangan ke tubuh kamu. Bahkan dia sangat menghormati dan memuliakan kamu. Andai lelaki yang kamu kenal ketika ini seperti yang saya nyatakan kamu pilihlah dia menjadi suami kamu.
Kalau kamu nak tengok bagaimana kehidupan kita dengannya selepas dah nikah nanti. Lihatlah sejauh mana dia menjaga hubungannya dengan Allah ketika ini. Kalau selama kenal dengannya dia menjaga hubungannya dengan Allah. Insya Allah dia juga akan jaga kamu dengan baik.
Memilih pasangan hidup ini juga menentukan soal bahagia kita dan bahagia itu ada pada agama. Dan memilih pasangan hidup ini juga tentang kehidupan akhirat kita selepas dah mati nanti.
Tapi kalau selama kenal dengannya dia tak meletak kan Allah number satu, tak menjaga solatnya, tak menjaga hubungannya dengan Allah. Jangan jadikan dia teman hidup kamu. Sebab apa? Kalau Allah dia boleh lupakan tak mustahil bila lepas dah nikah nanti dia juga boleh tinggalkan kamu.
Kerana nikah itu bukan magic yang boleh mengubah seseorang seratus peratus menjadi soleh solehah lepas dah nikah nanti. Tapi andai kamu nyakin yang dia akan berubah atau kamu mampu untuk mengubah dia. Silakan kamu menikah dengannya. Semoga Allah permudahkan urusan kamu dan dia.
Satu lagi,
Soal lelaki ini andai sebelum nikah dia tak ajak kamu berzina, tak sentuh kamu. I meant tak buat 'ringan-ringan' dengan kamu. Sesungguhnya kamu tak salah memilih dia menjadi bakal imam kamu. Menjadi 'ketua keluarga' untuk anak-anak kamu.
Tapi kalau sebelum nikah lagi dia dah buat bukan-bukan dekat kamu renungkan kembali hubungan kamu dengannya. Kerana dia bakal imam kamu. Janganlah memilih pasangan hidup semudah membeli kangkung di pasar pagi. If you know what i meant.
Alhamdulillah kini usia 5bulan perkahwinanku..dan telah dikurniakan anak syurga.Nur Ahmad... aku selalu berharap semoga ada yg baik dari peraturan Allah.. aku dan suami bersedia untuk mnjadi ayah dan ibu kembali...amin ya rab....


Subscribe to:
Posts (Atom)