Saturday, 19 August 2017

Suamiku si Arjuna

TOLONGLAH ARJUNA YANG DIHORMATI 1 - Tuan arjuna, bilamana tuan mengahwini seorang wanita, dia mungkin tidak sempurna. Maafkan dia. Didiklah dia. Wanita ini adalah cinta buah hati anda... 2 - Ketika bujang, wanita ini mungkin tak pernah belajar membilang. Wanita ini tidak tahu mengurus wang. Keluarganya mungkin biasa soal kewangan tidak pernah berjuang. 3 - Sedar tak sedar bila dah jadi isteri rupanya wanita dipenuhi hutang. Janganlah melenting duhai arjuna. Bawaklah berbincang. 4 - Hutang dan masalah wang ibarat rambut yang kusut. Letaklah sampoo, lurutkan satu persatu. Sikatlah perlahan-lahan. Sabar.... 5 - Berbincanglah dengan isteri. Lakukan senarai piutang. Senaraikan segala punca pendapatan. Hutang kecil mulalah hapuskan perlahan-lahan. Sabar... 6 - Tegurlah isteri. Beritahulah jangan lagi segala permintaan keluarga diturut membabi buta. Berbincanglah baik-baik dengan keluarga mertua. Kita juga punya anak-anak tercinta yang perlu dijaga. Sabar... 7 - Janganlah marah duhai tuan arjuna. Bukan semua wanita punya akal yang cerdik soal kewangan. Papah dan didiklah. Bawalah berjumpa guru, dapatkan nasihat kedua. Ajar isteri perlahan-lahan bina dana kecemasan. Sabar.... 8 - Kenali mana asset yang menjadi liabiliti? Tanah yang bersidai tidak dikerjakan mungkin patut dilepaskan. Kereta terlalu mewah mungkin perlu dilepaskan jua. Jualkan saja, nanti dah kaya dapatkan ia semula. Sabar... 9 - Semak juga di mana senarai hiburan dan pembaziran. Hentikan semua jangan lagi nafsu berbelanja diturutkan. Sementara sahaja lakukan pengorbanan hingga kewangan ditambah baikkan. Sabar... 10 - Pindahlah ke rumah yang lebih kecil. Apalah guna rumah bertanah luas tapi sebenarnya rumah disewa. Buang masa mengemas dan menjaga, tuan rumah senyum gembira. Sabar... 11 - Hentikan gym, spa dan juga sauna. Ketika kewangan tenat, perbelanjaan tidak perlu wajib dihapuskan dulu. Main saja kejar-kejar di taman ala Shah Rukh Khan saling bercinta. Sabar... 12 - Imamkan solat bacalah doa. Agar suami isteri berjaya lalui kesukaran ini. Allah ada, cuma kita mahu meminta atau sebaliknya. Sabar... 13 - Kekalkan bercinta. Adalah biasa dalam berumahtangga sesekali ada sengsara, sesekali ada derita. Teruskan saja bina rumahtangga, sama-sama perbaiki ia. Sabar... 14 - Tolonglah arjuna... Isteri adalah lemah. Kami memerlukan anda di saat senang dan juga susah. Janganlah terus dihukum juga dimarah. Sabar... 15 - TOLONGLAH ARJUNA YANG DIHORMATI. Jika kami silap janganlah terus dibenci. Akal kami sependek ibu jari. Janganlah kebodohan kami terus dicaci. Janganlah sedikit salah ungkapan cerai terus diberi. Kasihanilah kami.... 16 - Ya, selesaikanlah bersama-sama. Percayalah, kapal yang diperbaiki sentiasa lambat atau cepat pasti akan sampai ke destinasi. Suatu hari nanti pasti suami isteri akan sama-sama mengenang perjuangan ini. 17 - Bukan semua rumahtangga indah dan dipenuhi cinta sentiasa. Gambaran di media sosial mungkin perlindungan kisah airmata semata-mata. Sesungguhnya semoga semua rumahtangga di dunia, dilindungi Allah hingga ke syurga. Ameenn.... Salam sayang #kongsiilmu #learnfromobservation #sabarlaharjuna #wanitalemah #sayangikami

No comments: