Tuesday, 23 January 2018
kisah berpantang
scroll² fb tetiba terjumpa ini kisah...hummm aku pon dalam dilema nk berpantang dimana..baru aku tahu tempat berpantang juga boleh PENGARUHI EMOSI IBU & BAYI - ANTARA PUNCA BOLEH MEROYAN....
Buat ibu ibu yang tengah mengandung nak berpantang tu, fikir betul betul di mana nak berpantang.
Saya berpantang di rumah mertua. Sebab suami cakap mertua teringin nak jaga saya untuk kali ni. Masa 1st pantang dulu, saya berpantang kat rumah mak di Kedah. Saya pun setuju sebab mertua saya memang baik.
Tapi bila berpantang di rumah mertua, rasanya lain dari berpantang di rumah mak sendiri. Mertua saya bela kucing, so kucing membuang dalam toilet. Bau dia sungguhlah bagi saya pening. Nenek saya cakap bau pun boleh bagi ibu yang berpantang ni bentan & meroyan. Bertambah takut saya.
Busuk najis tu sangat kuat. Nak cakap apapun tak boleh sebab mertua saya sayang kucing. Ada lebih 10 ekor. Kalau dulu saya boleh basuh toilet tu tapi dalam pantang tak boleh nak tunduk2, luka tak sembuh lagi.
Nak mintak mertua basuhkan rasa bersalah. Suami pulak keluar pagi pegi kerja. So apa yang mertua buat & hidangkan untuk saya saya makan saja tanpa membantah.
Adik ipar lelaki ramai kat rumah ni, so setiap kali anak menangis nk susu saya kena bawa masuk bilik, bilik kat sini memang bahang sangat sebab matahari menghala ke bilik kami, sebab tu saya selalu bawak anak duduk kat ruang tamu.
Kalau nak cakap apa apa takut mertua terasa... sebab mertua saya jenis yang soft. Kalau mak lain... bila tak cakap pun mak faham ja...
Saya sayang mertua saya sangat sebab dia baik & nak jaga saya. Tapi saya jadi hampir meroyan sebab stress dengan bau najis kucing, dengan bilik berkuap tak ada udara.... dengan anak menangis tak selesa... kalau dengan mak sendiri, saya tak kekok nak cakap apa apa.
Lagipun ni adalah kali pertama mertua jaga orang berpatang. Saya hargai mertua saya... tapi emosi saya pulak terganggu. Ntahla sis... rasa serba salah pun ada...
Harini hari ke 42 berpantang, buat ibu ibu lain tolonglah pilih tempat berpantang dengan betul. Ia sangatlah akan pengaruhi emosi. Doakan saya. - Aliya
.
.
.
Betul sangat... tempat berpantang & environment pengaruhi emosi mommy & bayi..
.
.
.
Masa berpantang... katakan mommy terpaksa tidur di bilik yang sempit... tiada udara.. gelap & bersepah.... ia sangat akan bagi kesan tak best kpd mommy.... & untuk dapat stress tu mmg sgt tinggi...
.
.
.
Baik, saya share TIPS TEMPAT BERPANTANG supaya mommy lebih ceria :
1. Rumah siapa? - Part ni memang suami kena consider. Biar isteri buat pilihan dimana dia hendak berpantang. Rata rata wanita jadi bertambah stress sebab ada di antara suami yang memaksa isterinya berpantang di rumah ibu & ayahnya. Menyebabkan mommy ni rasa tak selesa & bertambah stress.. finally susu pun tak banyak. Tapi ada juga wanita yang sebenarnya suka berpantang di rumah mertua. Terpulang.
.
.
.
2. Lantai @ tilam - Mommy & anak sama sekali dilarang tidur direct di atas lantai tanpa melapik tilam @ toto yang tebal. Tahu tak sebab suruh pakai socks masa pantang? antaranya tak nak bg mommy pijak lantai. Lantai tu sejuk.Tak bagus untuk ibu yg berpantang. Elakkan juga tidur di atas katil bersama bayi. Banyak kes anak jatuh dari katil sebab takda penghadang. Careful ....
.
.
.
3. Kedudukan tidur - Make sure mommy & bayi tidur mengiring ke kiblat dan bukannya melujur kaki ke kiblat.
.
.
.
4. Sebenarnya berapa lama suami kena 'pantang' ni? rujuk page 143 buku 9bulan10hari mengenai hukum menyetubuhi isteri sebelum 100 hari berpantang =)
.
.
.
5. Barang baby - Make sure sebelum mommy nak ke hospital melahirkan anak.. mommy dah boleh letak segala barang baby seperti bedak.. minyak angin .. wipes... lotion... cotton buds di dalam satu raga... & siapkan juga pakaian bayi yang sudah dibasuh, dijemur & dilipat berdekatan tilam berpantang mommy tu.
.
.
.
6. 5 syarat wajib berpantang - mommy wajib follow semua ni kalau mommy nak kelihatan menawan. Ada kes disebabkan tak follow prinsip berpantang ni.. ada mommy yang bentan & meroyan selain bentuk badan yang totally berubah. Rujuk page 130-143 buku 9bulan10hari. Banyak tips & info mengenai berpantang di situ.
.
.
.
7. Surah yaasin - Ketika mommy nifas... 'benda benda' tu suka sangat dengan mommy.. & maybe anak pun dapat tempias. Make sure mommy ltak surah yaasin 1 disebelah anak & satu disebelah bantal mommy.
.
.
makan bersuap boleh tambah rezeki
" BILA SAYA SUAP ISTERI DAN ISTERI SUAP SAYA, REZEKI KAMI DATANG MENCURAH-CURAH, ALHAMDULILLAH "
Semasa saya ditaman petang tadi, telah datang seorang lelaki. Kami pun berbual. tengah2 kami berbual, lelaki ni telah meluahkan perasaan. Katanya dia ada masalah. Lelaki ini menceritakan tentang kehidupannya dengan keluarga, kehidupan yang beliau hadapi sangat sempit dan tidak tenteram. Kata beliau, dia dan isteri sering bertengkar sahaja.
"Saya dah usaha macam2 dah bang, macam2 cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah" kata lelaki itu
"Masa awk makan dengan isteri, awk ada suapkan makanan kat dalam mulut isteri awk tak?" saya tanya.
"Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak" jawabnya.
"Awk pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak2 awk tak?" Tanya saya lagi.
"Pun tak pernah, kenapa awk tanya macam tu?" Jawap lelaki itu lagi
" Kalau awk nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup je. Kehidupan mereka tenang dan berkat. Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah."
"Perasan tak sekarang? Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga. Kalau ada pun, time makan tu masing2 leka main henset atau pun sibuk melayan tv. Allahu..."
"Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi2 kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat2 tergigit jari sikit. Hehe!"
"Awk pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awk nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3beranak. Kadang2 tu anak dan saya berebut nak suap mak dia."
Mulai hari ni, Cuba abang amalakan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah".
Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.
"Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya
Mulai hari ni, Cuba abang amalakan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah".
Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.
"Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkan saya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa. Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga."
Monday, 22 January 2018
DEMI ZURIATMU
Rahmat disebalik kesusahan buat seorang ibu mengandung..
Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..
Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir.
Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya...isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti..
Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik atau ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir.
Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang.
Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan. Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan. Itulah cinta yang ikhlas. Bahagia...
Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak.
Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.
Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga..
Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.
Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin.
Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami.
Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka.-ebit lew
Tuesday, 16 January 2018
Kenapa isteri aku tak cantik??
" Kenapa isteri aku tak cantik ? "
.
.
Ada 2 kawan baik yang dua dua mereka sudah bernikah 10 tahun. Bertemu kembali secara kebetulan di sebuah kedai makan...
.
.
Mereka mula berbual , bercerita kisah masing..
Suami dan suami , isteri pula dengan isteri ...
.
Afiq : Lama tak Jumpa, isetri kau cantik ya!
Budi : Alhamdulillah …
Afiq : Korang baru nikah ya?
Budi : Ha'ah alhamdulillah baru lagi , baru 10 tahun…
.
.
.
Mendengar jawaban Budi, Syafiq terkejut..
Sebab dia Dan Isteri pun dah 10 Tahun, tapi syafiq rasa isterinya tidak secantik isteri Budi.
Syafiq rasa isterinya nampak tua dan tak menarik.
.
.
.
Afiq : Aku Kahwin Lebih Kurang kau juga. Dah hampir 1 Tahun, aku nak tanya sikit.. Isteri aku ni dulu lawa sekarang dah maca mak mak. Nak cerita saja, sebab Kadang-kadang aku rasa dah tak tertarik dengan dia. Kalaulah isteri aku macam isteri kau.. Lawa..issh..
.
.
Budi Hanya Tersenyum...
Afiq Tambah Lagi...
.
Afiq : Bila Tengok Isteri kau ni, cantik, dia buat keje rumah ke atau tak? Kalau isteri aku memang rajinlah buat keje rumah, anak2 semua dia yang uruskan. Aku keje je.
.
.
Budi : Alhamdulillah bini aku cantik. Dan dia memang jaga rumah dan anak2 juga. Masak kemas rumah pun dia buat..
.
.
Dengar Kata Budi, Wajah AFiq berubah. Terfikir kenapa isterinya tak sama macam isteri Budi.
.
Kemudian Budi Bertanya...
Budi : Kau tahu apa isteri kau suka makan?
Afiq : Tak tahu ler aku. Dia makan je lah apa apa.
Budi : Bila last kau peluk dan cium isteri kau?
Afiq : Tak Ingat, Lama dah kot tak buat. Sejak ada anak2 ni mana ada masa..aku sibuk pula tu.
.
.
Budi : Bila last sekali kau beli Baju Baru, yang kau belikan untuk dia sendiri..?
Afiq : Baju baru? Dia pakai je lah apa ada. Buat apa baju lagi sampai 2 almari dah..
.
Budi : Isteri Kau Pakai baju saiz apa? Apa ukuran pinggang isteri kau?
Afiq : Mana lah aku tahu, malas lah aku nak tanya..
.
.
Budi : Aku tahu apa isteri aku suka.. Apa hobi dia, malah aku tahu apa yang dia fikir bila dia duduk sorang2 termenung. Balik keje aku akan cari dia dulu, Tolong dia di dapur, pegangkan anak kejap sementara dia siapkan makan. Bangun tidur aku cium isteri aku, Pegang tangan dia, baringkan seketika di tangan aku.
.
Budi : Kalau penat macam mana sekali pun aku keje aku tetap akan buat isteri dan anak aku keluar hujung minggu. Aku tahu ukuran baju isteri aku, warna kegemaran dia, tudung dia. Jadi kalau aku nak beli buat surprise aku dah tahu nak beli apa..
.
.
Afiq Terasa malu. Tertunduk dengan bahunya ke bawah. Budi sambung lagi..
.
.
Afiq Tiba2 teringat dia ada bertengkar dengan isteri nya minggu lepas..
Kalau Afiq dan isteri tak puas hati dia akan marah dan buat tak tahu pada isterinya. Minggu sudah gaduh sebab isterinya minta duit untuk beli baju tapi tak diberi malah dia kata isteri nya menyusahkan sebab minta duit
.
.
Budi : Kalau isteri sendiri pun kau tak sayang..
Macam mana isteri nak sayang kau. Dia sanggup Korbankan apa saja untuk kau. Tenaga dia, masa dia, impian dia. Cita cita dia. Badan dia dulu lawa, kau hamilkan dia, dia takut untuk beranak tapi dia tetap lakukan juga. Dia Kadang-kadang tak fikir kan diri dia. Tapi dia fikirkan kau dan anak anak..
.
Isteri tu ibarat kebun, jika tuannya rajin untuk baja dan siramkan air, bunga pun akan cantik. Tapi kalau tukang kebun tu malas, tak ambil tahu.. Bunga pun layu. Kau kena peka pada isteri kau., kalau kau buat dia macam tak wujud. Tak ambil berat, memang lah Isteri kau nampak macam tu, sebab dia dah penat..
.
.
Afiq Tertunduk Dan Rasa Begitu Malu..
Tidak Pernah Terlintas Di Fikirannya.
Selama ni perlu buat begitu.
.
.
.
Kesimpulannya....
.
Wajah, penampilan isteri sebelum kahwin ditentukan oleh kerjanya, ibu ayahnya..
.
Tapi Lepas kahwin...
Penampilan dia, wajah dia terbentuk hasil dari Pernikahannya.
.
.
Kalau nak isteri cantik, jagalah dia..
Ambil berat pasal dia. Ambil tahu apa yang dia suka, apa yang tak suka, ambil tahu segalanya.
Isteri yang Bahagia akan nampak dari sinar di wajahnya. Dari matanya. Dari bahunya. Dari penampilannya..
.
.
Isteri Adalah Cerminan Suaminya..
Nak isteri cantik, jagalah dia baik2.

Tip tambah air kutuban
1) JANGAN STRESS:
Stress tidak baik untuk kesihatan terutamanya ibu mengandung kerana dibimbangi bayi bakal mengikuti emosi ibu pada waktu itu. Tenangkan fikiran dan perbanyakkan zikir dan doa kpd Allah agar dilindungi bayi dalam kandungan.
2) BEDREST:
Maksudnya berehat di katil. Tak perlu mengemas rumah, memasak bagai. Time ni lah ibu boleh uji kasih sayang dan perhatian suami. Suami yg sayang isteri dan anak, tak salah kan time ni tunjukkan keprihatinan. Tapau makanan dan tolong kemas rumah.😘
3) BANYAKKAN MINUM AIR:
Terutamanya air kosong bagi mengelakkan dehidrasi. Maklumlah, cuaca kan menentu. (Air Zam Zam amat digalakkan)
4) MINUM AIR KELAPA:
Selain banyak khasiat, air kelapa rasanya memang sedap dan memberi tenaga kepada badan. Nak nak jika minum time matahari meninggi dan bulan puasa. Perghhhh.. Tapi ingat pesan orang tua, awal kehamilan tak boleh minum air kelapa.
5) MAKAN TEMBIKAI
Tembikai sangat enak dimakan begitu saja. Buat jus pun best juga. Ibu hamil digalakkan makan tembikai untuk tambah air ketuban. Doktor pun ada bagi cadangan yang sama tika saya mengandung dulu.
Monday, 15 January 2018
SUSAHKAN JAGA ISTERI..
Jaga isteri memang susah,memang penat,memang rasa rimas.
Suka membebel,suka marah-marah,suka merajuk tapi ketahuilah.
.
Mulut yg bising itulah yg banyak menenangkan kamu.
Mulut yg bising itulah memeriahkan rumah kamu.
Mulut yg bising itulah yg bnyak menyedarkan kamu.
Wanita yg kuat merajuk itulah yg mendidik rasa sabar kamu.
Wanita yg bising itulah banyak membelaimu.
Wanita yg bising itulah yg banyak memeluk kamu.
Dan wanita yg bising itu jugalah yg bersama kamu saat susah dan senang.
.
Tanpa mengira betapa di terluka dgn cara layananmu.
Nasihatku hanya satu, hargailah isteri mu seperti seorang ibumu kerana dia jua seorang ibu kepada anak-anakmu, kerana kamu akan mengerti betapa berharganya mulut bising itu ketika kamu kehilangannya dan ketahuilah betapa kamu akan merindukan bebelannya..
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)